Tutorial Panduan Menjaga Bateri Laptop

[Image: images?q=tbn:ANd9GcQUNHG8I9J7-xoB7hRN-oQ...wAR89U9VZE]
Bateri laptop cepat ‘kong’ memang memberi masalah. Terutama apabila kita nak menggunakan wifi di tempat terbuka. Mesti leceh apabila di saat penting menggunakan laptop, bateri laptop habis.
Berikut saya kumpulkan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk manjaga bateri laptop supaya tahan lama.

1.JANGAN gunakan laptop sambil meletakkan di peha. Bateri laptop akan cepat menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun.

2.JANGAN meletakkan laptop pada permukaan yang lembut. Kononnya pada sofa dan tilam dan sebagainya. Sebab permukaan seperti itu akan mengurangkan aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menimbulkan overheating.


3.JANGAN sampai berlaku ‘contact’ pada kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek yang dibuat dari metal seperti klip kertas,syiling nipis dan sebagainya.

4.JANGAN sampai bateri laptop termasuk laptop itu sendiri diberi tekanan yang berlebihan seperti terjatuh, terhempas, terhimpit atau terhempap oleh benda berat diatasnya. Contohnya dihempapkan dengan buku-buku yang berat. Perkara ini akan mengakibatkan sirkit di dalam bateri kemungkinan boleh berlaku hubungan arus pendek (shorting) yang kemudiannya akan mengakibatkan overheating.

5.JANGAN letakkan laptop di tempat yang sangat panas. Contohnya di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diparking cukup lama di tempat terbuka pada siang hari.

6.JANGAN sampai laptop ataupun bateri terkena air atau basah. Meskipun akan kering dan dapat berfungsi normal. Sirkit di dalam laptop ataupun bateri lama-kelamaan akan berkarat dan boleh juga menjejaskan keselamatan penggunanya.

7.JANGAN sampai anda tidak faham cara menggunakan bateri laptop. Menyimpan dan “mencharge” bateri dan laptop ada di dalam buku manual. Gunakan bateri laptop seperti anda ‘melayan’ bateri handphone.

8.JANGAN mencharge bateri terus menerus setelah bateri telah berisi ‘full’. Namun begitu dikatakan untuk laptop-laptop keluaran terkini sudah mempunyai teknologi yang lebih canggih untuk mengatasinya.

Cara nak download torrent secara direct link

Salam semua hari ni saya nak share satu cara nak download torrent secara direct tidak menggunakan torrent.
yang pertama anda perlu pergi ke file yang anda nak download.

macam biasa
[Image: 548898_289485284502021_2108316835_n.jpg]

lepas tu pergi ke Directlink download

pastu link yang telah disalin tadi dan click GO!

Dia keluar Screen FREE or PREMIUM Tongue Click ja free.. kalau nak guna premium pun tk mengapa Curlylips

nanti dia keluar file loading untuk di download. LEpas siap boleh la click nak download mana satu Curlylips kalau free 1 file dalam satu masa sahaja Curlylips

[Tutorial] 9 Cara Lajukan Windows Se7en

[Image: windows-se7en_hongkiat-300x240.jpg?w=590]
Bersama saya Abang Sham di ruangan Tahu IT. Tajuk kita kali ini adalah bagaimana hendak lajukan windows se7en selain dari mengetuk-ngetuk di bahagian CPU sebanyak 7 kali. Janganlah mengharapkan pada yang tak sudi untuk betul-betul mencapai tahap kepuasan hati anda tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba. Ye tok?

Masalah utama yang dapat di kesan sekiranya komputer anda mengalami masalah kelembapan dan adakalanya seolah-olah menghidap penyakit parkinson adalah dengan penggunaan program yang terlalu banyak dalam sesuatu masa.


Visual and Sound
1. Gunalah Visual Effects seminimum yang boleh
Disable mana yang patut dengan cara:
  1. Klik dan hold kekunci Windows kemudian tekan button Pause/Break
  2. Klik link Advanced System Settings di sebelah atas kiri.
  3. Di dalam tab Advanced, pilih Performance Section, klik Settings
  4. Di bawah Performance Section (rujuk gambarajah) di tab Visual Effects, disable mana-mana yang anda rasa hendak di’disable’kan. Atau nak senang hanya klik Adjust for best performance‘.
  5. Selepas itu, klik Apply kemudian OK.
[Image: performance-options.jpg]


2. Gunalah Sound Effects seminimum yang boleh
Disable mana yang patut dengan cara:
  1. Klik Start. Pilih search dan taip mmsys.cpl dan Enter
  2. Di window Sound (rujuk gambarajah), klik tab Sound
  3. Set Sounds scheme kepada ‘No Sounds
  4. Anda juga boleh memilih apa-apa jenis Sound untuk ‘disable’kan mengikut kesesuaian anda.
  5. Seelok-eloknya disable “Play Windows Startup sound“.
  6. Klik Apply dan OK.
[Image: sounds.jpg]


Software dan Service yang berkaitan
1. RUN hanya kepada Anti-Virus yang sah (Trusted Anti-Virus)
Pastikan anda mempunya anti-virus yang bagus untuk diinstallkan ke laptop anda.
Dengan cara ini tiada ‘malware’ atau ‘spyware’ akan membiak di dalam komputer anda. Kedua-dua saspek ini juga boleh mengakibatkan perjalanan komputer anda semakin perlahan.
2. Hanya install software yang berguna sahaja
Pastikan beberapa software yang diinstallkan mengikut penggunaan anda.
Seelok-eloknya hanya install software yang full version dan elakkan daripada menginstall perisian yang dalam ‘Trial Mode’. Ia akan memakan ruang yang ada di dalam hardisk, RAM dan kitaran processor.
3. Disable pada services secara manual
Sesetengah proses dan servis di dalam komputer tidak perlu untuk di runkan oleh default servis akan start secara automatik. Ini akan slow down kan penggunaan RAM untuk kerja-kerja lain yang lebih penting. Cara terbaik untuk disable kan adalah:
  1. Klik Start. Pilih search dan taip services.msc dan Enter
  2. Pergi kepada Services & Applications -> Services. Anda akan lihat window Services (rujuk gambarajah).
  3. Klik kanan pada servis yang ingin di set secara manual atau disable. Jika servis tersebut telahpon bermula, Stop kan dahulu.
  4. Setelah diberhentikan, pilih Properties.
  5. Pada Startup type, anda boleh memilih samada servis itu diset secara Manual, jika anda mahu menggunakan kemudian, atau Disable kan ia terus, jika tidak mahu digunakan.
  6. Setelah itu tutup window tersebut
[Image: services.jpg]


4. Disable Start-up yang tidak perlu.
Secara default, beberapa program telah disetkan ketika start-up, iaitu beberapa program akan dirun di awal komputer itu dihidupkan. Secara tak langsung proses untuk menghidupkan komputer menjadi lambat kerana kebanyakan program dihidupkan dalam satu masa. Program yang tidak perlu dihidupkan mestilah di disablekan mengikut cara ini:
  1. Klik Start. Pilih Run dan taip msconfig kemudian klik Enter.
  2. Di dalam System Configuration (rujuk gambarajah), pergi kepada tab Startup.
  3. Untick pada program yang tidak mahu dirun pada awal komputer dihidupkan (start-up).
  4. Setelah selesai klik Apply dan OK.
[Image: system-configuration.jpg]


Hardisk
1. Bersihkan (clean-up) hard drive
Buang fail2 yang tidak perlu, seperti tem files, downloaded program files, recycle bin dan lain-lain. Anda boleh gunakan disk cleanup untuk membersikan hardisk dengan cara:
  1. Klik Start -> All Programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Cleanup
  2. Untuk deletekan ‘System Restore‘ dan fail ‘Shadow copy‘ , klik “Clean up system files” kemudian pada tab “More Options
  3. Kemudian klik OK. Untuk mengesahkan klik Yes.
[Image: disk-cleanup.jpg]


2. Guna Disk Defragmentation
Di dalam sistem hardisk, OS akan membahagikan fail-fail mengikut bahagian di dalam kawasan yang berbeza. Defragment ini membenarkan kesemua fail tersebut di tempatkan di dalam lokasi memori yang sesuai dan untuk defragmentkan disk tersebut cara nya adalah seperti berikut:
  1. Klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter
  2. Mengikut gambarajah klik pada hardisk yang ingin di defragmentkan kemudian klik Analyze disk.
  3. Kemudian klik Close.
[Image: disk-defragmenter.jpg]


Ini adalah beberapa cara yang digunakan untuk melajukan komputer. Mungkin tidak secara menyeluruh, akan tetapi ia juga adalah salah satu cara untuk menjaga komputer kita sendiri dari mencarut-carut dengan perkataan yang tidak senonoh ataupun melakukan penderaan fizikal ke atas komputer tersebut.
Itu sahaja kali ini, hingga bertemu lagi di lain masa.


Selamat mencuba dan selamat beramal~

Tutorial MONITOR YOUR INTERNET USAGE AND BANDWIDTH

[Image: FNjdR.png]



Quota adalah slh satu perkara yg m'bimbangkan bagi mereka yg melanggan internet dgn plan yg limited..Bila habis quota speed akan dikurangkan skurang-kurangnye melainkan mereka membayar caj tambhan utk quota tmbhn

So,sgt penting kpd mereka di atas utk memantau penggunaan internet.Di sinilah NetworX sgt berguna sbg satu software FREEWARE yg blh memantau usage internet.

Klik di SINI utk maklumat lanjut tentang NetworX
Klik sini utk DOWNLOAD

~Smoga Berguna kpd Pembaca~

DomDomSoft Anime Downloader – download koleksi Anime dengan mudah


[Image: download-doraemon_thumb1.jpg]



Minat menonton anime seperti Doraemon, Dragon Ball, Naruto, One Piece, Toriko dan sebagainya? Download koleksi anime secara mudah menggunakan DomDomSoft Anime Downloader :

[Image: domdomsoft-anime-downloader_thumb1.jpg]

Menggunakan DomDomSoft anime downloader, anda boleh download anime semudah satu click, tidak perlu lagi cari di file hosting, torrent dan sebagainya,

Lebih menarik kerana siri2 anime yang agak rare, susah jumpa di Internet seperti koleksi anime Doraemon dan Dr Slump juga boleh dijumpai menggunakan perisian ini.

Versi percuma DomDomsoft Anime Downloader membolehkan anda download 5 episod percuma untuk sehari…manakala versi berbayar pula boleh download secara unlimited.

Download DomDomSoft Anime Downloader – untuk Windows XP, Vista, 7 dan 8. Untuk download manga pula, boleh gunaDomDomSoft Manga Downloader.

Tips Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone

Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengguna smartphone ialah tahap ketahanan bateri, makin canggih spesifikasi sesebuah smartphone, makin banyak resource yang diperlukan. Sejujurnya, berapa lama tempoh masa bateri smartphone anda mampu bertahan sebelum recharge? Berapa ramai antara rakan – rakan pembaca yang membawa charging cable ke pejabat? Kalau dah sampai tahap tak boleh berenggang dengan charging cable, itu antara satu tanda bahawa smartphone anda mengalami masalah bateri yang serius. Untuk pengguna Android smartphone, di bawah ini saya kongsikan Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android menggunakan default sistem yang tersedia ada di peranti anda yang hanya memerlukan sedikit sentuhan.

Sebelum mengaplikasikan tips yang bakal saya kongsikan, ada baiknya anda membaca post saya yang terdahulu tentang kaedah mengenalpasti Punca dan Cara Mengatasi Bateri Android Cepat Habis.
Tips dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone

MAKLUMAN : Segala imej yang digunakan diambil dari Samsung Galaxy SIII (Android Jellybean 4.1.1). Kemungkinan wujud perbezaan dari segi setting dengan lain – lain model adalah dijangka. Walau bagaimanapun, secara asasnya kebanyakan setting ini adalah hampir sama.
Sesuai untuk Android versi ICS 4.0 dan Jellybean 4.1.

NOTA : Jangka hayat dan keadaan fizikal bateri semasa adalah terkecuali.

1. Wi-Fi, Bluetooth & GPS


Penggunaan Wi-Fi, Bluetooth dan GPS antara fungsi yang paling banyak menggunakan bateri resource. Pastikan anda hanya menghidupkan fungsi ini bila diperlukan sahaja.

2. Charging cable

Ramai yang menganggap penggunaan charging cable boleh diguna sesuka hati, asal bateri dapat charge kira OK. Perlu diingatkan bahawa setiap charging cable yang dibekalkan mempunyai spesifikasi yang berlainan terutamanya kadar arus aliran elektrik dan pin. Jadikan kebiasaan untuk menggunakan charging cable yang dikeluarkan khusus untuk sesebuah smartphone untuk mengelakkan kesan buruk dalam jangka panjang.

Selain dapat menjimatkan penggunaan bateri, kesedaran ini juga penting untuk melindungi gadget hasil dari pelaburan anda.

3. Aktifkan fungsi Power Saving

Fungsi ini boleh diakses menerusi Notification Bar atau (Setting -> Power Saving). Anda boleh tentukan mode yang diinginkan atau biarkan secara default.

4. Hadkan Background Process

Secara default Limit Background Process ini disetkan kepada Standard limit. Anda boleh setkannya ke No background processes. ( Setting -> Developer options -> Apps ).

NOTA : Setting ini boleh menyebabkan smartphone anda kurang responsive.

5. Window, Transition Animation & Animator Duration Scale

Setkan Windows Animation, Transition scale dan Animator Duration OFF atau setkan ke scale yang lebih rendah. (Setting -> Developer options -> Drawing).

NOTA : Touchwiz akan lebih responsive dan kadar discharging bateri lebih perlahan.

6. Data Usage

Untuk yang menggunakan data package dari telco, anda boleh setkan Mobile data OFF. Hanya turn ON bila diperlukan sahaja. ( Setting ->Data usage)

NOTA : Secara default, Data usage tidak menggunakan banyak bateri resource kecuali jika anda berada di luar kawasan liputan.

7. Sync

Setkan fungsi Sync OFF, sekiranya anda menggunakan pelbagai jenis akaun email (GMail, Dropbox, Samsung Account dan sebagainya) atau anda boleh hadkan jenis Sync yang diperlukan sahaja. Setting ini perlu ditetapkan satu persatu. Selain dapat mengurangkan penggunaan bateri, dapat menjimatkan penggunaan data package anda. ( Setting -> Accounts & Sync).

8. Disable Bloatware

Stock firmware yang dikeluarkan oleh Samsung didatangkan sekali dengan beberapa bloatware, antaranya ialah Flipboard, Yahoo Finance dan Yahoo News (Galaxy S3). Setiap satunya akan beroperasi secara background dan menggunakan bateri resource dan data. Untuk disable, ( Setting -> Applications Manager -> All -> klik setiap satu aplikasi bloatware -> Disable ).

NOTA : Bloatware merupakan aplikasi default yang didatangkan dalam fail sistem oleh pengeluar dan kebiasaannya langsung tidak digunakan. Dalam kebanyakan custom ROM, bloatware ini telah dikeluarkan oleh developer.

9. Screen Brightness dan Timeout

Setkan Screen Brightness ke Automatic dan Screen Timeout yang lebih rendah (mengikut keselesaan mata anda). ( Setting -> Display -> Screen ).

10. Sound dan Vibration

Untuk setting Sound dan Vibration, disablekan semua sekali Keynotes, Touch Sounds, Screen lock sounds, Haptic feedback dan Auto haptic. ( Setting -> Sound -> System ).

Windows XP Akan Berkubur Pada 2014

Tarikh 8 April 2014 merupakan tarikh keramat menandakan berkuburnya support Microsoft terhadap OS Windows XP. Selepas tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi akan mengeluarkan sebarang update dan patch terhadap sebarang isu yang berkaitan dengan OS berkenaan. Jadi, sudah tiba masanya untuk pengguna Windows XP untuk mula beralih kepada OS yang baharu dan lebih selamat seperti Windows 7 atau Windows 8.

The End Of Windows XP

Image has been scaled down 11% (800x221). Click this bar to view original image (897x247). Click image to open in new window.
[Image: windowsxp.png]

Selama hampir 11 tahun Windows XP telah menjadi OS yang paling berjaya pernah dihasilkan oleh Microsoft dan kini tiba masanya untuk Microsoft untuk mengenepikan OS tersebut dan menumpukan kepada OS terkini yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna setia mereka dari aspek keselamatan dan support yang lebih baik selari dengan persekitaran teknologi semasa.

Berdasarkan maklumat dari Camwood (Microsoft Gold Partner), Windows 7 akan menjadi produk utama kepada Microsoft untuk beberapa tahun akan datang :

Quote:“However, the main factor that should mean every company is already starting to move to Windows 7 or even 8 is the risk of a security breach. Once support for XP is discontinued, enterprises running XP will probably become more susceptible to cyberattack or system meltdown,”

“The end of XP support is a potential time bomb, and the clock is ticking. With all the potential compatibility and security issues looming from legacy systems, businesses need to understand migration is a necessary step to secure their valuable data,”… Kevin Gemmel.

Peralihan dari Windows XP ke Windows 7 atau Windows 8 tidak kritikal bagi individu tetapi sebaliknya bagi sesebuah syarikat atau organisasi yang selama ini banyak bergantung kepada sistem operasi Windows XP jika dilihat dari aspek keselamatan data.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk link ini : http://www.technibble.com/windows-xp-sup...d-to-know/ @http://www.microsoft.com/en-us/windows/e...pport.aspx


##Habis tu apa lagi..jom bertukar ke windows 7 @ windows 8 .. hehe RCcool

The Deep Web ? Dunia Internet Alam Ghaib ?

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian-carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya. Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan. Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:


1.Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
2.The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
3.The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
4.Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
5.Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
6.Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
7.Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
8.Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
9.Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.

Apa Yang Ada Di The Deep Web?


Apa yang ada di bawah permukaan The Deep Web ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web. Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.

Pelayar akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami The Deep Web. Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi.

The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana. Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.

Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks. Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka. Juga terdapa laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.

Sehingga sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The Deep Web, berjenis-jenis dadah dijual, dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan dipamerkan secara terbuka. Begitu juga maklumat mereka, cara pembelian dan penghantaran. Sama juga dengan pembunuh upahan, anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO. Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam, anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi.

Sehinggakan pernah disiarkan di The Deep Web, laman web yang bersimbolkan kematian 'Russian Roulette' dan diuruskan oleh organisasi-organisasi mafia sebenar. Mereka yang disiarkan adalah pemain sebenar yang telah dilatih secara professional dan bermain hanya untuk mati. Bukan lakonan yang dibuat-buat.

Bagaimana Untuk Masuk Ke The Deep Web?

Kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa, saya hanya boleh memberi hint tetapi tidak akan menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk masuk ke sana. Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri.

Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web

Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi:
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion

Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router)
http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)



Image has been scaled down 6% (800x383). Click this bar to view original image (843x403). Click image to open in new window.
[Image: 205528_498733173481693_808653542_n.jpg]


[Image: how-tor-works.jpg] 

[Image: 3-16-2012-9-02-09-PM.png] 

[Image: 9gdm69.png] 

[Image: 1o0eus.png] 


[Image: D898_4F1825E2.jpg] 


Korang Boleh Mengunakan TOR Browser Untuk Surf : http://www.torproject.org/download/download

Pihak CIA dan FBI monitor deep web ini 24 jam sebab ianya tidak dikawal oleh mana2 pihak.. 'Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah tanggungajawab anda sendiri.'


C&P Onion-mafia Kalo Suke Like + Rep K Tongue

Tutorial OPTIMUMKAN KELAJUAN IDM ANDA.

OPTIMUMKAN KELAJUAN IDM ANDA.☆
SALAM,SELAMAT SEJAHTERA.


[Image: UWwVM.png]

1-DOWNLOAD
2-LAUNCH IDM OPTIMIZER
3-KLIK "MAXIMIZE NOW" , DAN RESTART IDM.
4-DONE.RASAILAH PERBEZAAANYA.
~TF~

Tutorial Tingkatkan signal wifi di rumah anda hanya menggunakan tin kosong

Assalamualaikum.. Hari nie Abg S nak buat tips .. Hee.. Pelik kan tajuknye.. SO, ikut je la...
Insya allah menjadi... Heee

[Image: how_to_increase_your_wifi_signal_640_01.jpg]
[Image: how_to_increase_your_wifi_signal_640_02.jpg]
[Image: how_to_increase_your_wifi_signal_640_03.jpg]
[Image: how_to_increase_your_wifi_signal_640_04.jpg]
[Image: how_to_increase_your_wifi_signal_640_05.jpg]
[Image: how_to_increase_your_wifi_signal_640_06.jpg]
[Image: how_to_increase_your_wifi_signal_640_07.jpg]

Tutorial Setup google DNS

Assalamualaikum

macam mana nk setup GOOGLE DNS ?
klik Local Area Connection Propeties ---> pilih --> Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)

Klik Propeties ----> n akan kuar popup Internet Protocol Version 4(TCP/IPv4)

then klik Use the following DNS Server address
n letak google DNS

8.8.8.8

8.8.4.4

( same like picture )
then click ok

[Image: google_dns.png]


Beberapa Kelebihan Menggunakan Google Public DNS

1.Speed up your browsing experience.
2.Improve your security.
3.Get the results you expect with absolutely no redirection.

+rep tau ~=D~

PUISI INDAH MAHARAJA CHINA UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W!

SAJAK INDAH UNTUK RASULULLAH S.A.W DARIPADA MAHARAJA CHINA | Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau.
Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.
Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.
Panglima-panglima Muslim
Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini.Antaranya adalah :
Chang Yuchun(1330-1369)
Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera.Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.
Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)
Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun.Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.
Mu Ying(1345-1392)
Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu.Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.
Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)
Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China.Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”. 
Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.
Maharani Ma
Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah.Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan.
Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.
Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin.Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja Hong Wu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumahtangga.
Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382.Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.
Sajak Maharaja China yang telah ditranslate kan,
The One-Hundred Word Eulogy:
Since the creation of the Universe,
Sejak terciptanya galaksi ini
God had decreed to appoint,
Tuhan telah mengangkat seseorang
This great faith-preaching man,
Satu manusia akhlak beriman
From the West he was born,
Dari barat telah dilahirkan
He received the Holy Scripture,
Baginda menerima wahyu agung
A Book of thirty parts,
Buku yang mengandungi 30 bahagian
To guide all creation,
Untuk membimbing semua makhluk
Master of all Rulers,
Tuan kepada semua raja
Leader of Holy Ones,
Pemimpin 1 yang tersuci
With Support from Above,
dengan bimbingan dari atas
To Protect His Nation,
Untuk melindungi negaranya
With five daily prayers,
Bersama dengan solat 5 waktu
Silently hoping for peace,
Dalam diam mengharap rahmat
His heart towards Allah,
Hatinya lurus kerana Allah
Empowering the poor,
Mengangkat darjat si miskin
Saving them from calamity,
Menyelamatkan mereka dari sengsara
Seeing through the darkness,
Melihat melalui kegelapan
Pulling souls and spirits,
Melalui hadir jiwa & roh
Away from all wrongdoings,
Ma’sum dari salah dan silap
A Mercy to the Worlds,
Rahmat kepada sekalian alam
Traversing the ancient majestic path,
Menyelusuri rahsia yang silam
Vanquishing away all evil,
Memadam segala kejahatan
His Religion Pure and True,
Agamanya Suci dan Benar
Muhammad,
Muhammad
The Noble & Great one.
Yang dihormati lagi terhebat

Download WinZip Pro 17.0 Build 10381 with Keygen Crack Serial Free

Download WinZip Pro 17
Download WinZip Pro 17 Full Version, Path, Serial number, Crack, Portable Edition, Serial key, and License key or license file, torrent link, activation path, full activator, registered version or edition, preactivated version, crack file download, only serial crack download Download WinZip Pro 17 Free download with crack path serial numberWinZip takes complete advantage of its record data compresion technology with the programmed files copy capability that makes it possible to prevent files burning. Copy your current pc, paperwork, pics, mail, etc. using pre-defined jobs or by means of producing customized copy jobs using WinZip's uncomplicated sorcerer. You are able to arranged WinZip to be able to copy determined records, and you'll timetable individuals backups to perform routinely along with unwatched. You can even copy files to your CD/DVD or system get, mail your current backups off of internet site by practically current email address, or distribute your current backups a great off-site server while using the built-in WinZip FTP buyer. WinZip can even post an individual programmed mail signals upon employment end! Besides compressing data, WinZip quickly unwraps along with concentrated amounts information from your industry's broadest choice of condensed record sorts, such as Zip, Zipx, RAR, 7Z, BZ2, LHA, PICKUP TRUCK'S CAB, IMG, ISO, and a lot additional record archive codecs. Download WinZip Pro 17 Full Version Including keygen serial key or Crack

 Links For Download


Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android

Salam semua.

Artikel hari ini akan menceritakan mengenai faedah atau kebaikan 'rooting' smartphone android yang telah dimiliki oleh anda. Ini bagi menjawab persoalan kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya apakah faedah yang boleh didapati jika pemilik android telah pun berjaya root smartphone mereka itu. Jika anda golongan yang telah tahu mengenainya, anda boleh cari artikel lain dari blog ini untuk dibaca atau sila tambahkan faedah-faedah lain yang dapat anda fikirkan pada ruangan komen. Terima kasih.


Apa Itu Root?

Menjadikan telefon pintar android anda untuk mendapat 'root access' ialah sebuah proses memodifikasi sistem operasi android untuk memperoleh akses penuh terhadapnya. Apa jua limitasi yang didatangkan sekali dengan telefon pintar tersebut akan 'dihilangkan' sepenuhnya.

Istilah 'root' ini datang dari sistem operasi Linux, di mana akaun pentadbir (Administrator) yang mempunyai akses penuh terhadap sistem operasi digelar sebagai root. Berikut disenaraikan faedah-faedah yang akan diperolehi selepas anda selesai rooting telefon pintar anda.

Faedah-faedah Root:

1. Kawalan Penuh Terhadap Sistem Operasi

Dengan adanya akses penuh, ini bererti anda mempunyai kawalan penuh kepada sistem operasi android. Anda akan dapat menyah-pasang aplikasi yang tidak diperlukan, yang biasanya didatangkan sekali dengan telefon pintar, menggunakan tema dan sebagainya.


2. Membuat Salinan Sandaran dan Memulihkan Sistem

Salinan sandaran (back up) adalah sangat penting kerana seandainya terjadi sesuatu kepada telefon pintar anda, anda dapat mengembalikan atau memulihkan semula (restore) sistem kepada keadaan asalnya. Ini cuma dapat dilakukan pada rooted android.

3. Menjalankan Aplikasi 'Istimewa'

'Istimewa' di sini bermaksud aplikasi yang hanya dapat dijalankan pada peranti yang sudah pun mendapat root access. Sebagai contoh aplikasi yang terkenal seperti Titanium Backup, MyBackup Root, SetCPU, WiFi Tether, ROM Manager dan sebagainya.

4. Flash/Install Custom ROM

ROM ialah sistem operasi android yang mewakili paparan antaramuka dan juga fail-fail sistem. Custom ROM dapat diterjemahkan kepada sistem operasi android yang telah diubah suai (modified) untuk mendapatkan prestasi 'sebenar' pada peranti seperti meningkatkan kuasa bateri, mengubah suai paparan antaramuka, memasukkan pelbagai tweaks yang hanya boleh digunakan oleh rooted phones, dan bla bla bla.

5. Flash Custom Kernel

Terdapat pelbagai jenis kernel yang menawarkan pelbagai keistimewaan. Disebalik kernel asal yang kadang kala terdapat bugs yang menjengkelkan, custom kernel menawarkan kernel yang sudah diperbaiki dan ditingkatkan 'kuasanya' supaya dapat berinteraksi dengan lebih baik pada peranti.

Namun harus diingatkan, rooting telefon pintar android anda akan membatalkan waranti! Anda lakukan hanya apabila anda betul-betul telah bersedia dan faham akan kelebihan dan kepentingannya, kerana jika tersilap langkap, risiko bricking telefon anda adalah tinggi melainkan anda ikut 100% seperti tutorial!

The dragons lie ahead. You have been warned.

Cara Root HTC One X

Salam semua.

Kali ini Abg S ingin berkongsi cara untuk root HTC One X. Bagi pemilik peranti ini, jika anda ingin melakukannya, sila lakukan atas risiko anda sendiri! Saya tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian anda sekiranya berlaku apa-apa.

Ini adalah cara yang saya sendiri gunakan. Jadi disebabkan telah terjamin keberkesanannya, dan jika anda melakukannya 100% mengikut video tutorial, kebarangkalian untuk risiko bricking adalah sangat rendah.

Bagi yang tidak tahu apa kegunaan root untuk Android,
Abg S akan tulis pos berasingan untuk menjelaskan kepada anda apa faedah yang anda dapat jika anda 'root' smartphone anda.

Perkara Perlu Dilakukan :

1. Unlock Bootloader
2. Root HTC One X

Mari kita teruskan dengan perkara pertama, iaitu unlock bootloader.



Langkah-langkah yang dibuat:

1. Pergi ke laman HTCdev.com dan daftarkan satu akaun
2. Setelah daftar dan sahkan akaun anda melalui e-mel, sila klik pada Unlock Bootloader -> Get Started


3. Seterusnya klik pada Select Your Device dan pilih All Other Supported Models

4. Klik Begin Unlock Bootloader

5. Ikut arahan yang tertera pada skrin (tonton video 1/2 di atas untuk memahami langkah-langkah yang disebutkan).

Root HTC One X:


Langkah-langkah yang dibuat:

1. Anda perlu muat turun dahulu fail fastboot di sini : fastboot.rar
2. Ekstrak fail tersebut (dengan menggunakan WinRAR atau mana-mana perisian setara).
3. Salin fail CWM-SuperSU-v0.89.zip ke dalam sdcard One X anda. Untuk melakukannya, anda perlu sambungkan One X kepada komputer dengan menggunakan kabel USB dan tukar status kepada Disk drive.
4. Setelah selesai menyalin, tukar status Disk drive kepada Charge only.
5. Buka command prompt dengan menekan butang berlogo Windows + R dan taipkan 'cmd' lalu tekan Enter. Halakan command prompt pada folder fastboot.


6. Masuk kepada Bootloader dengan menekan secara serentak butang Power + Volume Down. Jangan lepaskan kedua-dua butang itu sehingga anda melihat bootloader. Pilih FASTBOOT dan tekan butang Power.
7. Taipkan fastboot flash recovery recovery-clockwork-touch-5.8.4.0-endeavoru.img dan tekan Enter. Ini akan memasang ClorkworkMod Touch Recovery versi terbaru pada waktu pos ini ditulis.
8. Untuk memudahkan kerja, anda boleh namakan semula fail itu kepada recovery.img sahaja. Jadi baris perintahnya adalah fastboot flash recovery recovery.img. Faham kan?
9. Dalam video yang disediakan di atas, ada satu lagi langkah yang beliau terlupa hendak nyatakan iaitu selepas selesai anda flash recovery, sila masukkan baris perintah yang PENTING ini untuk mengelakkan sebarang ralat:

fastboot erase cache

10. Masuk ke mode RECOVERY. Sila tonton video 2/2 untuk melihat kaedahnya (minit ke 3:03)
11. Navigasi ke arah install zip from sdcard -> choose zip from sdcard -> Pilih CWM-SuperSU-v0.89.zip dan tekan butang Power.
12. Pilih Yes - Install CWM-SuperSU-v0.89.zip dan tekan butang Power (Jika CWM menyokong fungsi sentuhan, anda cuma perlu menyentuh sahaja pilihan yang disebutkan).
13. Go Back -> reboot system now
14. Masuk Play Store dan sila pasangkan Busybox! Penting dan WAJIB untuk digandingkan dengan SuperSU!
15. Sekarang HTC One X anda sudah pun berjaya di-root! Anda boleh cuba mana-mana apps yang memerlukan root untuk memastikannya atau anda boleh pasangkan Root Validator untuk memeriksa status root anda.

Tahniah! Unlocked and Rooted!

Hotspot Shield

Assalamualaikum semua..
Ok..tengok tajuk kat atas, Abg S nak kenalkan dengan korang semua, perisian Hotspot Shield..perisian ni, sama macam Ultrasurf..fungsinya adalah untuk 'memecahkan' firewall pejabat anda, dan melangkaui segala sekatan yang ada..contohnya, kalau tak boleh bukak youtube, facebook, nuffnang, twitter, dan SHOUTMIX sebab pejabat dah sekat (block), gunakan Hotspot Shield ni dan korang semua akan dapat bukak kembali..


Kelebihan Hotspot Shield:
Abg S gunakan Hotspot Shield ni pun sebab Abg S dah cuba macam-macam sebelum ni untuk bypass restriction sekolah..jenuh cuba Real Hide IP, Platinum Hide IP, Super Hide IP, Hide The IP, Auto Hide IP dan Hide IP NG..malangnya tiada satu pun yang berkesan melainkan Ultrasurf..

Kekurangan Hotspot Shield: Ia perlu di-install terlebih dahulu..berbanding dengan Ultrasurf yang lebih 'Green Software' iaitu tidak perlukan pemasangan (installation) dan boleh terus digunakan sebaik habis dimuat turun..kemudian, Hotspot Shield ni mengandungi iklan yang agak mengganggu jugak la kadang-kadang..kalau Ultrasurf, tiada sebarang iklan yang akan ditayangkan..namun, disebabkan Ultrasurf tak boleh lagi bukak blog
Abg S, Abg S dah tiada jalan lain melainkan pakai juga la..



Apapun, korang semua boleh cuba perisian tu dengan meng-klik link dibawah:


Klik Di Sini ---> Hotspot Shield


Subway Surfers (PC)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini Abg S akan kongsikan sebuah artikel berkenaan permainan video yang amat popular di kalangan pengguna telefon pintar  Android (Google) dan iOS (Apple).

subway-surfers-android

Subway Surfers merupakan permainan yang menarik yang perlu dicuba oleh setiap lapisan masyarakat untuk mengisi masa lapang atau menghilangkan rasa kebosanan yang melanda diri. Permainan ini merupakan permainan yang ringkas. Jalan ceritanya juga ringkas. Anda perlu mengumpul seberapa banyak ‘coins’ atau duit syiling emas. Di samping itu,anda  perlu lari daripada polis atau pengawal yang menjaga di kawasan atau landasan kereta api tersebut. Seperti yang telah diberitakan oleh saya tadi bahawa permainan ini cukup mudah. Anda hanya perlu berlari ke hadapan,kiri,kanan,melompat dan meluncur di landasan kereta api. Sayang sekali anda tidak boleh berhenti kecuali jika anda terlanggar halangan yang terdapat pada landasan kereta api tersebut.

Untuk versi komputer atau (PC) anda memerlukan sebuah tetikus (mouse) kecuali jika anda cekap menggunakan ‘touchpad’. Meskipun terdapat panel kawalan di bahagian ‘launcher’ sebelum anda memulakan permainan,panel kawalan tersebut tidak berguna sama sekali. Anda hanya memerlukan tetikus. Untuk melompat anda perlu sorot ke atas,untuk meluncur sorot ke bawah,untuk ke kiri anda perlu sorot ke kiri dan untuk ke kanan anda perlu sorot tetikus anda ke kanan.


subway-surfers-pc7656_2_boxshots_medium_820x480






Klik [di sini] untuk memuat turun permainan video Subway Surfers versi PC.


Selamat bermain,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...