Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android

Salam semua.

Artikel hari ini akan menceritakan mengenai faedah atau kebaikan 'rooting' smartphone android yang telah dimiliki oleh anda. Ini bagi menjawab persoalan kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya apakah faedah yang boleh didapati jika pemilik android telah pun berjaya root smartphone mereka itu. Jika anda golongan yang telah tahu mengenainya, anda boleh cari artikel lain dari blog ini untuk dibaca atau sila tambahkan faedah-faedah lain yang dapat anda fikirkan pada ruangan komen. Terima kasih.


Apa Itu Root?

Menjadikan telefon pintar android anda untuk mendapat 'root access' ialah sebuah proses memodifikasi sistem operasi android untuk memperoleh akses penuh terhadapnya. Apa jua limitasi yang didatangkan sekali dengan telefon pintar tersebut akan 'dihilangkan' sepenuhnya.

Istilah 'root' ini datang dari sistem operasi Linux, di mana akaun pentadbir (Administrator) yang mempunyai akses penuh terhadap sistem operasi digelar sebagai root. Berikut disenaraikan faedah-faedah yang akan diperolehi selepas anda selesai rooting telefon pintar anda.

Faedah-faedah Root:

1. Kawalan Penuh Terhadap Sistem Operasi

Dengan adanya akses penuh, ini bererti anda mempunyai kawalan penuh kepada sistem operasi android. Anda akan dapat menyah-pasang aplikasi yang tidak diperlukan, yang biasanya didatangkan sekali dengan telefon pintar, menggunakan tema dan sebagainya.


2. Membuat Salinan Sandaran dan Memulihkan Sistem

Salinan sandaran (back up) adalah sangat penting kerana seandainya terjadi sesuatu kepada telefon pintar anda, anda dapat mengembalikan atau memulihkan semula (restore) sistem kepada keadaan asalnya. Ini cuma dapat dilakukan pada rooted android.

3. Menjalankan Aplikasi 'Istimewa'

'Istimewa' di sini bermaksud aplikasi yang hanya dapat dijalankan pada peranti yang sudah pun mendapat root access. Sebagai contoh aplikasi yang terkenal seperti Titanium Backup, MyBackup Root, SetCPU, WiFi Tether, ROM Manager dan sebagainya.

4. Flash/Install Custom ROM

ROM ialah sistem operasi android yang mewakili paparan antaramuka dan juga fail-fail sistem. Custom ROM dapat diterjemahkan kepada sistem operasi android yang telah diubah suai (modified) untuk mendapatkan prestasi 'sebenar' pada peranti seperti meningkatkan kuasa bateri, mengubah suai paparan antaramuka, memasukkan pelbagai tweaks yang hanya boleh digunakan oleh rooted phones, dan bla bla bla.

5. Flash Custom Kernel

Terdapat pelbagai jenis kernel yang menawarkan pelbagai keistimewaan. Disebalik kernel asal yang kadang kala terdapat bugs yang menjengkelkan, custom kernel menawarkan kernel yang sudah diperbaiki dan ditingkatkan 'kuasanya' supaya dapat berinteraksi dengan lebih baik pada peranti.

Namun harus diingatkan, rooting telefon pintar android anda akan membatalkan waranti! Anda lakukan hanya apabila anda betul-betul telah bersedia dan faham akan kelebihan dan kepentingannya, kerana jika tersilap langkap, risiko bricking telefon anda adalah tinggi melainkan anda ikut 100% seperti tutorial!

The dragons lie ahead. You have been warned.

Related Post

Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android Unknown Rating: 5 Tuesday 26 February 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...