Subway Surfers (PC)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini Abg S akan kongsikan sebuah artikel berkenaan permainan video yang amat popular di kalangan pengguna telefon pintar  Android (Google) dan iOS (Apple).

subway-surfers-android

Subway Surfers merupakan permainan yang menarik yang perlu dicuba oleh setiap lapisan masyarakat untuk mengisi masa lapang atau menghilangkan rasa kebosanan yang melanda diri. Permainan ini merupakan permainan yang ringkas. Jalan ceritanya juga ringkas. Anda perlu mengumpul seberapa banyak ‘coins’ atau duit syiling emas. Di samping itu,anda  perlu lari daripada polis atau pengawal yang menjaga di kawasan atau landasan kereta api tersebut. Seperti yang telah diberitakan oleh saya tadi bahawa permainan ini cukup mudah. Anda hanya perlu berlari ke hadapan,kiri,kanan,melompat dan meluncur di landasan kereta api. Sayang sekali anda tidak boleh berhenti kecuali jika anda terlanggar halangan yang terdapat pada landasan kereta api tersebut.

Untuk versi komputer atau (PC) anda memerlukan sebuah tetikus (mouse) kecuali jika anda cekap menggunakan ‘touchpad’. Meskipun terdapat panel kawalan di bahagian ‘launcher’ sebelum anda memulakan permainan,panel kawalan tersebut tidak berguna sama sekali. Anda hanya memerlukan tetikus. Untuk melompat anda perlu sorot ke atas,untuk meluncur sorot ke bawah,untuk ke kiri anda perlu sorot ke kiri dan untuk ke kanan anda perlu sorot tetikus anda ke kanan.


subway-surfers-pc7656_2_boxshots_medium_820x480






Klik [di sini] untuk memuat turun permainan video Subway Surfers versi PC.


Selamat bermain,

Related Post

Subway Surfers (PC) Unknown Rating: 5 Tuesday 26 February 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...