Windows XP Akan Berkubur Pada 2014

Tarikh 8 April 2014 merupakan tarikh keramat menandakan berkuburnya support Microsoft terhadap OS Windows XP. Selepas tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi akan mengeluarkan sebarang update dan patch terhadap sebarang isu yang berkaitan dengan OS berkenaan. Jadi, sudah tiba masanya untuk pengguna Windows XP untuk mula beralih kepada OS yang baharu dan lebih selamat seperti Windows 7 atau Windows 8.

The End Of Windows XP

Image has been scaled down 11% (800x221). Click this bar to view original image (897x247). Click image to open in new window.
[Image: windowsxp.png]

Selama hampir 11 tahun Windows XP telah menjadi OS yang paling berjaya pernah dihasilkan oleh Microsoft dan kini tiba masanya untuk Microsoft untuk mengenepikan OS tersebut dan menumpukan kepada OS terkini yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna setia mereka dari aspek keselamatan dan support yang lebih baik selari dengan persekitaran teknologi semasa.

Berdasarkan maklumat dari Camwood (Microsoft Gold Partner), Windows 7 akan menjadi produk utama kepada Microsoft untuk beberapa tahun akan datang :

Quote:“However, the main factor that should mean every company is already starting to move to Windows 7 or even 8 is the risk of a security breach. Once support for XP is discontinued, enterprises running XP will probably become more susceptible to cyberattack or system meltdown,”

“The end of XP support is a potential time bomb, and the clock is ticking. With all the potential compatibility and security issues looming from legacy systems, businesses need to understand migration is a necessary step to secure their valuable data,”… Kevin Gemmel.

Peralihan dari Windows XP ke Windows 7 atau Windows 8 tidak kritikal bagi individu tetapi sebaliknya bagi sesebuah syarikat atau organisasi yang selama ini banyak bergantung kepada sistem operasi Windows XP jika dilihat dari aspek keselamatan data.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk link ini : http://www.technibble.com/windows-xp-sup...d-to-know/ @http://www.microsoft.com/en-us/windows/e...pport.aspx


##Habis tu apa lagi..jom bertukar ke windows 7 @ windows 8 .. hehe RCcool

Related Post

Windows XP Akan Berkubur Pada 2014 Unknown Rating: 5 Tuesday 26 February 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...