Sekian Lama~

Assalamualaikum w.b.r

Setelah lama menyepi, akhirnya saya selaku admin kembali dengan azam yang baru setelah mengalami beberapa masaalah teknikal yang menyebabkan blog ini tertunda seketika. Insya Allah post post lepas nie akan lebih menarik dan memberi manafaat.

Sabda Rasulullah SAW Mengenai Puasa & Ibadat Yang Sia-Sia

Sabda Rasulullah SAW Mengenai Puasa & Ibadat Yang Sia-Sia
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam".


[Image: th.jpeg] 




Keterangan :-

Ada beberapa pendapat ulama dalam menjelaskan hadith ini :-

1- Yang dimaksudkan dalam hadith di atas ialah orang yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Sebanyak mana dia telah mendapat pahala dari puasanya, dosa yang didapati kerana memakan makanan yang haram lebih besar daripada pahala yang diperolehinya daripada puasa.Oleh itu, dia tidak mendapat apa-apa selain berlapar sepanjang hari.

2- Seseorang yang berpuasa tetapi sentiasa terlibat dengan perbuatan mengumpat.

3- Seseorang yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Sabdaan Nabi saw adalah jami' (Lafaznya sedikit tetapi membawa maksud yang luas). Semua pendapat dan perkara di atas serta sabdaan-sabdaan baginda yang lain termasuk dalam maksud tersebut.Demikian juga dengan berjaga malam. Sepanjang malam berjaga beribadat tetapi untuk bersuka-suka telah mengumpat sedikit atau melakukan apa-apa perbuatan bodoh yang lain sehingga semua pahala berjaga malam untuk beribadat itu menjadi sia-sia. Contohnya membiarkan solat Subuh berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga semata-mata kerana riak dan kemasyuran maka itu sememangnya sia-sia.

Dengan itu, kepada semua muslimin dan muslimat,penulis Jom Kongsi Info & saya sendiri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... 



Manusia Diciptakan Untuk Selama-lamanya


[Image: peta+hidup.JPG] 


[Image: 5JKD7fc.png] 

Web Malaysia di godam oleh Bangladesh

Antara beberapa web Malaysia yang diserang penggodam dari Bangladesh. Mereka meminta agar rakyat Malaysia menghormati rakyat Bangladesh yang mencari rezeki di Malaysia.  Antara web yang kena;  http://microsoft.com.my/
http://dell.com.my/
http://skype.com.my/
http://kaspersky.com.my/
http://msn.com.my/
 http://bing.com.my/
Sumber:RC

Tips Cara Memikat Lelaki



Pada zaman yang maju dan moden tika ini istilah “perigi cari timba” bukan perkara yang pelik atau malu untuk dilakukan. Sebenarnya tidak salah untuk wanita memikat lelaki. Tak salahkan sang gadis mencari dan memilih lelaki yang terbaik dalm hidup anda. Lagipun semakin lama populasi lelaki menjadi “limited edition” berbanding wanita. Jadi bila kita bercerita mengenai cara memikat lelaki,ramai wanita diluar sana terlepas pandang banyak perkara penting atau ambil mudah untuk memikat lelaki. Tapi jangan risau saya akan cuba berkongsi kepada anda cara untuk memikat dengan betul supaya anda tak berputih mata!

Paras dan tubuh badan yang cantik

Anda tanyalah mana-mana lelaki majoriti dari mereka pasti suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan.Cara memikat lelaki ni cukup berkesan. Pasti ada segelintir yang tidak berapa ada sifat nie sedikit kecewa. Anda perlu bersikap positif. Pertama cantik tu subjektif ada kata si Melah tu lawa, ada yang kata si bedah lagi lawa, ada pula yang kata si bedah dan si melah ni tak lawa pun. Setiap lelaki ada ukurannya yang tersendiri. Jadi apa yang boleh anda buat jaga kulit wajah dari sebarang masalah kulit. Itu dah cukup. Sekiranya anda mempunyai tubuh badan yang sedikit besar anda harus bersenam dan ikut diet yang sebenar supaya tubuh badan anda menjadi optimum.

Bersifat jujur dan berterus-terang

Satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum adam ialah bila ditipu dan tak jujur. Lebih-lebih lagi bila berhubung kait tentang hubungun manusia. Cara memikat lelaki yang sebenar ialah anada perlu bersifat jujur dan jangan ada cuba-cuba untuk menipu tanpa sebab yang munasabah atau saja nak kenakan lelaki tersebut. Kata pepatah “Berkata benarlah walaupun pahit untuk diterima”. Jika ada masalah anda harus berbincang dengan baik dengan lelaki, pasti dia akan paham.

Jangan bandingkan si Dia dengan lelaki-lelaki yang lain

Kalau anda nak memikat lelaki dengan serius, tolonglah jangan bandingkan dia dengan lelaki yang lain atau lebih teruk anda bandingkan dengan ex-boyfriend anda. Saya bagi jaminan anda akan gagal untuk memikat lelaki itu. Anda seharusnya menerima kekurangan yang ada pada lelaki yang anda minati itu. Tiada orang yang betul-betul sempurna...

Wanita bersikap matang dambaan semua lelaki

Sekiranya anda mempunyai sifat kebudak-budakan yang terlalu “hyperactive” sila berubah sedikit demi sedikit. Lelaki memang suka wanita atau gadis yang MANJA tetapi cukup menyampah dengan perempuan yang GEDIK. Cara memikat lelaki yang efektif adalah dengan menunjukkan sikap matang anda dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah. Pada mata lelaki wanita sebegitu nampak bijak dan mampu untuk berkongsi apa sahaja.

Bersifat sederhana dalam sebarang perkara

Sederhana merupakan radar yang paling optimum dalam sebarang perkara. Dan sebab itu lelaki sangat suka pada wanita yang sederhana. Dari segi penampilan, cara anda berkomunikasi, cara anda berbelanja yang sederhana merupakan cara memikat lelaki yang sebenar.

9 Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah


Solat merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

[Image: 000000000000000000000000000000000000-00004.jpg]

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.


4. Orang lelaki yang melarikan diri.


5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.


Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solat mu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...