SAJAK INDAH UNTUK RASULULLAH S.A.W
DARIPADA MAHARAJA CHINA | Percaya atau tidak, seorang maharaja yang
dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah
menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw
sembilan abad yang lampau.
Maharaja yang dikenali sebagai
Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang
mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal
sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.
Baginda tidak pernah melarang ajaran
Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya
mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara
masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di
Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.
Panglima-panglima Muslim
Baginda dipercayai memiliki beberapa
pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai
pegawai-pegawai Istana ini.Antaranya adalah :
Chang Yuchun(1330-1369)
Chang Yuchun adalah panglima kepada
Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten
Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang
menyamai 10,000 tentera.Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu
baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming.
Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.
Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)
Salah seorang panglima Maharaja Hongwu
dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun.Lan Yu
terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila
cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota.
Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.
Mu Ying(1345-1392)
Mu Ying dianggap antara panglima
kesayangan Maharaja Hongwu.Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja
Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan
wilayah Yunnan daripada ancaman musuh.
Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi
ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.
Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)
Dipercayai mempunyai darah Parsi dan
China.Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun
dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu
memimpin tentera beliau dengan hebat.
Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun
mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada
kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”.
Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.
Maharani Ma
Menurut beberapa sumber, isteri
kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama
Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah.Kajian daripada
Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan
keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar
daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song
sekitar tahun 961 Masihi.
Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu
seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui
semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan.
Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.
Semasa berada di perantauan, Lord Ma
berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo
Zhixin.Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada
Guo inilah Maharaja Hong Wu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya
berumahtangga.
Maharani Ma sangat disayangi Maharaja
Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani
Ma pada 1382.Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian
menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle.
Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap
perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima
muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.
Sajak Maharaja China yang telah ditranslate kan,
The One-Hundred Word Eulogy:
Since the creation of the Universe,
Sejak terciptanya galaksi ini
God had decreed to appoint,
Tuhan telah mengangkat seseorang
This great faith-preaching man,
Satu manusia akhlak beriman
From the West he was born,
Dari barat telah dilahirkan
He received the Holy Scripture,
Baginda menerima wahyu agung
A Book of thirty parts,
Buku yang mengandungi 30 bahagian
To guide all creation,
Untuk membimbing semua makhluk
Master of all Rulers,
Tuan kepada semua raja
Leader of Holy Ones,
Pemimpin 1 yang tersuci
With Support from Above,
dengan bimbingan dari atas
To Protect His Nation,
Untuk melindungi negaranya
With five daily prayers,
Bersama dengan solat 5 waktu
Silently hoping for peace,
Dalam diam mengharap rahmat
His heart towards Allah,
Hatinya lurus kerana Allah
Empowering the poor,
Mengangkat darjat si miskin
Saving them from calamity,
Menyelamatkan mereka dari sengsara
Seeing through the darkness,
Melihat melalui kegelapan
Pulling souls and spirits,
Melalui hadir jiwa & roh
Away from all wrongdoings,
Ma’sum dari salah dan silap
A Mercy to the Worlds,
Rahmat kepada sekalian alam
Traversing the ancient majestic path,
Menyelusuri rahsia yang silam
Vanquishing away all evil,
Memadam segala kejahatan
His Religion Pure and True,
Agamanya Suci dan Benar
Muhammad,
Muhammad
The Noble & Great one.
Yang dihormati lagi terhebat