Kisah Mualaf Bernama Balqis


Kisah Mualaf Bernama Balqis | Biar saya cerita. Semasa solat asar di surau 1Borneo tadi, tiba-tiba seorang perempuan masuk dengan pakaian begitu seksi. Skirt paras paha, menampakan warna kaki yg putih gebu dan baju lengan pendek. Semua orang dalam surau terperanjat melihat kehadirannya lebih-lebih lagi wanita yang bertudung lebar. Ada yang geleng-geleng kepala dan berbisik-bisik. Wanita tadi tidak hiraukan apa yang berlaku, dia terus berwuduk dan memakai telekung lalu solat.

Saya duduk dibelakangnya, demi Allah saya betul-betul kagum dengan wanita itu. Walaupun dia seksi tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim.

Gambar diatas kalau anda semua boleh perasan, cara duduk tahiyat akhir wanita ini adalah silap. Kakinya diletakkan di sebelah kiri walha sepatutnya kanan. Dalam hati saya terdetik, mungkin wanita ini baru hijrah atau menggenal sembahyang. Tapi dia berusaha. Saya kagum !

Selesai dia solat, saya beranikan diri menegur dia. Mula-mula puji kulit dia yang putih gebu, tanya bangsanya, asal di mana dan semualah.. selepas itu saya meneka-neka adakah dia saudara baru (masuk islam). Tekaan saya betul.

Wanita ini berketurunan cina, nama islamnya adalah Balqis. Dia baru belajar solat dan dia tidak tahu cara duduk tahiyat itu silap kerana tidak pernah ditegur sesiapa. Demi Allah, saya kagum dengan mua'laf itu. Dia belajar solat dan jika begitu imannya, saya tidak hairan jika suatu masa dia berjilbab. Semoga dia istiqomah. Amin

Di antara wahyu Allah kepada nabi Dauud 'alaihis salaam:
"Tiada seorang hamba yang taat kepada-Ku melainkan Aku memberinya sebelum dia minta, dan mengabulkan permohonannya sebelum dia berdoa, dan mengampuni dosanya sebelum dia mohon pengampunan (istighfar)." (HR. Ad-Dailami)

Iblis berkata kepada Robbnya, "Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa." Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar". (HR. Ahmad)

Artikel Asal

[Video] Cristiano Ronaldo Melakukan Sesuatu Mengejutkan Umat Islam Dan Dunia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, ‘Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?’ Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab, “Saya berada di bumi Palestin.”

Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut. Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan. Tengok video ni

KUMPULAN PENGGODAM DIKENALI ANONYMOUS AJAK BERSATU LENYAPKAN ISRAEL DARI INTERNET

Keratan Harian Metro 29 Mac

Sebelum ini mereka telah mengajak penggodam sedunia untuk bersama mereka menyerang (menggodam) dalam OpIsrael. Menurut Anonymous, misi mereka ialah ‘menghapuskan Israel dari dunia Internet’.

Klik SINI untuk baca Anonymous ajak penggodam sedunia ‘serang’ Israel.

Tahun lepas dalam bulan november mereka berjaya menggodam 700 laman web kerajaan. Tahun ini pula mereka telah mengumpul dan menyiarkan 5000 maklumat lengkap pegawai Israel. Godaman akan dilakukan pada 7 April ini.

Fatwa dan nasihat tentang menipu & April Fool

Fatwa dan nasihat Shaikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Shaikh Atiyah Saqr dan Shaikh Salih Fauzan tentang menipu & April Fool

Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.

Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.

Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:

1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:

“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:

“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

2) Shaikh Atiyyah Saqr:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

3) Shaikh Shalih Fauzan:
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Muslimin/muslimat sekalian,

Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral. Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu.

Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!

Biodata Nabi Muhammad S.A.W

Salam.
546135 347157748655039 287752023 n Biodata Nabi Muhammad S.A.W
Tadi Abg S nampak biodata Nabi Muhammad S.A.W di facebook jadi saja Abg S share untuk reader dalam blog. Korang boleh share dan sebarkan untuk perkongsian bersama. 
Dari Anas ibnu Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa menghidupkan sunnahku maka dia telah mencintaiku, & barang siapa mencintaiku maka dia akan bersamaku di syurga” (HR.Thabarani).
PERKARA YANG KHUSUS KEPADA RASULULLAH:
  • MUSUH MERASA TAKUT SEBELUM MENEMUI RASULULLAH DALAM JARAK TEMPOH SEBULAN ( HADITH RIWAYAT BUKHARI )
  • RASULULLAH DI ANUGERAHI KEFASIHAN DALAM BERBICARA ( RIWAYAH MUSLIM )
  • MAKSUM ( TERPELIHARA DARI DOSA )
  • KELUARGA DAN KETURUNANNYA DILARANG MENERIM ZAKAT DAN SEDEKAH
  • DIANTARA KEDUA BAHUNYA ADA TANDA KENABIAN
  • QIMULAILDI WAJIBKAN BAGINYA
  • SAAD MATANYA TERPEJAM HATINYA TETAP TERJAGA ( HADITH RIWAYAT BUKHARI )
  • JANDA RASULULLAH DILARANG MENIKAHI OLEH SESIAPA
  • ALLAH MENGIZINKAN MENIKAHI WANITA MELEBIHI 4 ORANG
  • PEMIMPIN BANI ADAM
  • PENUTUP PARA NABI DAN ALLAH MENGUTUSKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA ( HADITH RIWAYAT MUSLIM )
10 AMANAT TERAKHIR RASULULLAH ( KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH ):
  • MENJAGA JIWA DAN HARTA SETIAP ORANG MUSLIM SEBAGAI AMANAH SUCI
  • JANGAN KAMU SAKITI SESIAPA PUN AGAR ORANG LAIN TIDAK MENYAKITI KAMU
  • MENGINGATI HARI KEMATIAN DAN HARI PEMBALASAN
  • RIBA’ ADALAH DI HARAMKAN DI SISI ISLAM
  • BERWASPADA TERHADAP GODAAN SYAITAN DEMI KESELAMATAN AGAMA ISLAM WALAUPUN DALAM HAL-HAL YANG KECIL
  • MENJAGA KEHARMONIAN SUAMI ISTERI
  • MENGHARAMKAN ZINA
  • SEMPURNAKAN LIMA (5) RUKUN ISLAM
  • MENGEKALKAN IKATAN SILATURAHIM SESAMA ISLAM(SEMUA UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA)
  • BERPEGANG TEGUH KEPADA AI-QURAN DAN SUNNAH

Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan

Salam.
1 Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan
Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata;
“Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.
Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah.
Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata,
“Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)
Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda;
reruntuhan rumah khadijah o Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
pintu masuk kmr rasul di rmh khadijah o Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as
kamara nabi sayyidah khadijah Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
tempat ketika sayyidah fathimah zahra dilahrirkan o Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
mihrab tempat rasulullah biasa shalat di rmh khadijah o Replika dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang, jauh berbeza dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah memiliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.
Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka?

Gantung Patung Belakang Kereta Boleh Jejas Akidah

Salam.
IMG 1806 Gantung Patung Belakang Kereta Boleh Jejas Akidah
Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan.
Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan. Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.
Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini. Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).
 Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t. Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar. -MNH-
226647 407152972695811 1864532303 n Gantung Patung Belakang Kereta Boleh Jejas Akidah
Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta.  Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.
Namun begitu terdapat sebuah hadis yang memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung
(Riwayat Muslim).
Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan. Perbuatan menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu dibuang atau menjadi alat permainan sahaja.
P/s: Harap berguna untuk renungan semua.

Kad Pengenalan Bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia

Rasanya ramai yang dah lihat,namun ianya masih lagi mencuri ramai perhatian rakyat Malaysia..

jom lihat asal usul mereka

1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah

Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau mendapat Gelaran Bapa kemerdekaan


2. Tun Abdul Razak bin Hussein

Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.Beliau mendapat Gelaran Bapa Pembangunan.


3. Tun Hussein bin Dato’ Onn

Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar.


4. Tun Mahathir bin Mohamad

Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.Beliau mendapat gelaran Bapa Pemodenan.


5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Beliau memperkenalkan Pendekatan pembangunan bersepadu Islam Hadari. Beliau juga memperkenalkan koridor ekonimi dalam rancangan Malaysia ke-sembilan. Sempat menjawat pengerusi persidangan Islam OIC.Bapa Pembangunan Modal Insan.




Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz

Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..

Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..


Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga
SUMBER:FACEBOOK

Beginilah Jawapan apabila Perempuan Bertudung vs Perempuan Tak Bertudung

Aku tertarik bila baca pendebatan dibawah... Sekadar untuk dikongsikan bersama pembaca yang lain... Renung-renungkan hujah insan "pakai tudung" dengan insan "tak pakai tudung". Sokonglah mana-mana yang anda mahu. Layan.... ha ha ha


Advanced Mobile Care Free Download For Android



Assalamualaikum dan salam 1 dunia,
Hari ni Abg S mempunyai penyelesaian semua dalam satu untuk keselamatan telefon mudah alih anda. Dua perkara yang dilakukan Advance Mobile Care   untuk Telefon Android Pintar anda, salah satu adalah keselamatan dan yang kedua adalah mengoptimumkan prestasi. Aplikasi ini menyediakan perkara-perkara berikut:
Features:
  • Anti-theft: Alarm and Cloud Backup.
  • Lock and get location of the lost phone.
  • Task Killer.
  • Battery Saver: Extend battery life.
  • Game Speedups
  • One Tap Scan: Boost your phone's speed with only one tap.
  • App Manager
  • Real Time Virus Scan

Supporting Devices:
Provide support for Nexus 7, Nexus 10, Galaxy Note, Asus Transformer and most other Android tablets.

Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin Belajar berwudhu


Mesut OziL : “Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai Solat di rest room, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji.”
Cristiano Ronaldo : “Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta diajarkan berwudhu” .
Sumber berita : Artikel Asal

Dapatkan lebih lagi XD

Assalamualaikum, Terima Kasih kerana sudi menjenguk Blog Abg S..

OK, apa maksud Abg S dapatkan lebih lagi tu??
Ha, nak tahu?? Ok, Abg Maksudkan dapatkan dengan lebih cepat berita mahupun info dengan Like Page Abg S.. Abg S punya page di link nie


Abg S harap, para pembaca boleh Share page Abg S ye...
Sbb, ianya adalah dakwah,,, Mungkin anda semua tak nampak, tapi Allah nampak..

Pada entery lain, Abg S akan menulis tentang dakwah pulak.. OK?

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta



Sayang dan Cinta
Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta | Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.
SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata
“Sudahlah, jangan menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata,
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”
SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,
“Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan.”
Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.
SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Namun begitu, Janganlah kita Menyalah ertikan Cinta dengan Membuat Zina..
CINTA YANG UTAMA ADALAH CINTA KEPADA ALLAH YANG ESA

Bukan Doa Kamu Yang Tak Makbul Sebenarnya



Doa Kamu Yang Tak Makbul
Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul.
Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.
MARI MENJADI HAMBA!

Seeder & sEFix : Kurangkan Lag Pada Smartphone [Android]


Para pengguna telefon pintar Android pastinya tahu kelebihan sistem operasi Android yang boleh diubah suai dan dipelbagaikan kegunaannya mengikut ROM yang digunakan pada model telefon bimbit masing-masing.

Dari mendapatkan akses root, sehinggalah kepada pengubahsuaian antaramuka, dan peningkatan prestasi sistem operasi/antaramuka melalui tweak serta penyesuaian lain, semuanya dapat dilakukan jika tahu caranya.

Namun buat mereka yang sudah pun mendapat akses root dan tidak mahu 'kerja susah', maka anda boleh gunakan alternatif iaitu aplikasi mudah guna yang dipanggil sebagai Seeder dan sEFix.

Paparan skrin Seeder:


Paparan skrin sEFix:


Anda boleh baca mengenai cara kerja Seeder dan sEFix di sini: [APK] Seeder 2.0.0 entropy generator to provide significant lag reduction

(Maaf, sukar nak terangkan dalam Bahasa Melayu).

Seeder boleh dimuat turun secara percuma pada pautan tersebut manakala sEFix pula boleh dimuat turun dan dipasang melalui Google Play.


Sulitnya Bangun Awal Sebelum Subuh


263314_542626735748194_394468901_n
Menyingkap Cahaya Di Sebalik Kegelapan Subuh – Di sana ada sinar kekuatan bagi mukmin sejati!
“ Tidak ada kelazatan di dunia ini, kecuali pada tiga hal : (1) Qiamullail, (2) Bertemu dengan saudara-saudara seiman, (3) Solat berjemaah.”

Ibnu Munkadir

Sahabat pembaca, perasan atau sedar kah kita – kadang-kadang kita begitu sukar dan sulit untuk bangun awal di sepertiga malam? Mudah kata, payah sungguh untuk bangun dan terjaga dari tidur sebelum azan Subuh dilaungkan dan dikumandangkan.
Walhal, ada saatnya kita begitu mudah bangkit daripada lamunan tidur yang nyenyak dan melenakan kita.

Selimut yang ringan itu, terasa begitu berat seperti besi yang mengeras.
Kepala sendiri bagaikan ditolak sesuatu yang memberatkan. Seolah-olah ada konkrit seberat 100 tan menghempas ke muka kita.- Ia melekat erat berbekas di wajah.
Mata yang terpejam itu, bagaikan di”gam” kan oleh gam cap gajah buatan tahi “mata” sendiri.

Pernah kah kita mengalami keadaan dan situasi sebegini?
Jika saya – sejujurnya, pernah bahkan sentiasa dan selalu. Hambatan, kekangan dan ujian untuk bangkit dan bangun daripada tidur adalah mujahadah dan perjuangan yang terbesar saya di awal pagi yang dingin dan hening itu!
Itulah yang saya alami. Saya mencari-cari apa sebabnya, apa puncanya dan kenapa boleh jadi sebegini ? Mungkin tidur lewat sangat kot.
Tidur dengan tenang dan nyaman sekali.

Mencari Punca
Saya membelek-belek sebuah buku mencari sesuatu dalam kitab,Tazkiyah hasil tulisan Ustaz Cahyadi Takariawan dan Ghazali Mukri. Buku yang penuh dengan taujih untuk jiwa dan hati. Buku yang mereka rumuskan daripada sebuah kitab “ Al Bahrur Ra’iq fiz Zuhdi war Raqa’iq” karya Dr Ahmad Farid.
Perkongsian yang ingin saya petik dan kongsikan di sini ialah berkisar, – kenapa begitu sulit, payah dan sukarnya untuk kita gerakan diri untuk bangkit di awal pagi yang hening untuk mendirikan qiamullail dan melaksanakan munajat khusus kita dengan rabb kita.

Pernah suatu ketika, ada orang bertanya kepada Ibnu Mas’ud RA :
“ Kami tidak mampu dan boleh bangun malam.”
Jawab Ibnu Mas’ud :
“ Ini kerana, dirimu dijauhkan oleh dosa-dosamu.”
Kisah lainnya, ada orang berkata kepada tabiin yang soleh lagi warak iaitu Hassan al-Basri :
“ Saya tidak boleh bangun malam. Berikanlah aku penawarnya!,”
Kata Hassan al-Basri dengan tenang :
“ Janganlah kalian bermaksiat kepada Allah SWT di siang hari, nescaya Dia akan membangunkan kalian di hadapan-Nya di malam hari.”
At-Tsauri pernah berkata :
“ Saya terhalangi untuk melakukan qiamullail selama lima bulan kerana suatu dosa yang telah saya kerjakan.”

Apa yang boleh kita simpulkan? Apakah yang sebenarnya yang menjadi penghalang kita dalam usaha menghidupkan sunnah mengimarahkan malam bersama Allah SWT?
Jelas. Jawapannya ialah kerana hati kita kotor, hitam, jijik dan rosak. Ini semua lantaran dan asbabnya ialah dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda yang kita buat berulang kali kepada Allah SWT!
Lantaran itu, antara nasihat yang berbekas dan menyentuh hati saya ialah :
“ Janganlah memperbanyakan dosa di siang hari, sebab perbuatan dosa akan menyebabkan hati keras dan terhalang untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT.”
Jauh mengaudit diri, merenungi akan perjalanan waktu dan hari-hari yang telah berlalu. Persoalannya, bagaimana dengan kita semua? Terlalu, jauhkan kita daripada kasih sayang Allah SWT sehingga kita tidak terdetik dan tersedar langsung untuk berazam dan bertekad untuk menjadi ahli malam dan perindu syurga?
MasyaAllah, saya tersentuh lagi dengan kata-kata Ibnu Munkadir :
“ Tidak ada kelazatan di dunia ini, kecuali pada tiga hal iaitu qiamullail, bertemu dengan saudara-saudara seiman dan solat berjemaah.”

Penutup : Sejujurnya, kita bagaimana?
Bagaimana dengan kita? Soal untuk bangun awal pagi bukannya bergantung kepada kekuatan luaran dan fizikal kita semata-mata, tetapi ia bergantung kepada keadaan dan kekuatan dalaman kita iaitu kondisi hati kita. Bersihkan ia, jernihkan ia dan bagaimana hati ini hidup berhubungan dengan Rabb-Nya ? – Dan, inilah fokus kita apabila berbicara dengan soal kekuatan.
Kita maklumi,amalan bangun awal sebelum Subuh, adalah amalan para Rasul, para sahabat salafusoleh, para tabiin, para alim ulamak dan pejuang-pejuang agama Allah SWT daripada dahulu sehinggalah sekarang. Dah, ketahuilah ia menjadi kayu ukur kekuatan dan prasyarat untuk meraih bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT.
Jika kita, menyatakan kita adalah individu yang tegar dalam perjuangan deen, perjuangan agama dan perjuangan demi perjuangan – perhalusi hal-hal ini. Berwaspadalah, tentang hakikat kekuatan sebenar dalam perjuangan ini. Kuantiti, kualiti, angka, nombor dan sebagainya – harus diteliti sedalam-dalamnya dalam membicarakan tentang “akar” perjuangan. Ini kerana, sesebuah perjuangan akan rapuh jika tidak ditunjangi oleh akar kekuatan yang benar-benar utuh, kukuh dan mantap.

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun ‘UMUR AKHIRAT’ dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya sahabat kepada Rasulullah SAW : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw, “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’. “Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa Sepuluh Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini

  • Segala Nabi
  • Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)
  • Orang Alim (Ahli ulama’ Yang Diredhai oleh Allah)
  • Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)
  • Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)
  • Raja Yang Adil
  • Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)
  • Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)-> Kelebihan para Ibu
  • Orang yang dibunuh dengan zalim
  • Orang yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185) -

Allhamdulillah, Abg S ada gak dalam senarai, num 5.. Korang pun, Jom lah.. Bersama Memartabatkan ISLAM

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita



Rindu Nabi Muhammad
Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita | Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala



Maksiat Yang Menurunkan Bala
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Firman Allah SWT:
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

Maksiat Yang Menurunkan Bala

    1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu 2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
    3. zakat dijadikan hutang
    4. suami memperturutkan kehendak isteri
    5. anak derhaka terhadap ibunya;
    6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
    7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
    8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid
    9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
    10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
    11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
    12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
    13. para artis-artis disanjung-sanjung
    14. muzik banyak dimainkan
    15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)
p/s:Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. Untuk syarahan lengkap sila rujuk Kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga – Taati Suami

Isteri Nak Masuk Syurga
Ok, untuk artikel blog kali ini, penulis ingin berkongsi sesuatu yang di kira amat penting untuk diambil perhatian dalam melayari bahtera rumahtangga anda dan pasangan. Ianya mengenai ketaatan isteri terhadap suami.
Tahukah anda bahawa ada sebenarnya ‘jalan mudah’ untuk wanita-wanita atau isteri mencapai impian masuk syurga Jannatulllah?
‘Jalan mudah’ yang dimaksudkan ialah dengan mentaati suami. Nanti saya akan kongsikan sebuah hadis bagi menyokong pernyataan ini.
Buat para isteri di luar sana, taatilah suami anda dengan sepenuh-hati. Mentaati suami selagi mana tidak melanggar syarak (contoh melanggar syarak: diminta berbohong atau mencuri atau memudaratkan diri) adalah WAJIB hukumnya.
Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki,” Riwayat Abu Na’im.
Demikianlah hadis yang saya maksudkan tadi bagi menyokong tajuk artikel kita kali ini.
Isteri yang mentaati suaminya akan dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mentaati suami anda walaupun anda terpaksa berkorban kepentingan diri anda sendiri.
Dengan pengorbanan anda itu nescaya Allah akan kurniakan ganjaran rahmat, kesabaran dan pahala yang lebih besar.
Suami adalah nakhoda bagi bahtera rumahtangga anda. Dia lah yang akan tanggung segala dosa anda di dunia ini selama mana anda menjadi isterinya. Oleh itu, dia dikurniakan beberapa kelebihan dan dalam masa yang sama tanggungjawab yang besar perlu dipikul olehnya.
Jangan sesekali anda buat dia berkecil hati walaupun sedikit. Kelak ia boleh mengundang pergaduhan dan ada kebarangkalian anda boleh berlaku derhaka terhadapnya.
Oleh itu, senantiasalah bersangka baik terhadap semua keputusan yang dibuat oleh suami anda. Suami adalah pemutus segala keputusan akhir dalam rumahtangga anda.
Walaupun kadang-kala keputusan yang dibuat oleh suami anda itu anda tidak bersetuju, tapi ingatlah semua itu telah ditentukan oleh Allah. Allah lah yang telah menggerakkan hatinya untuk membuat keputusan itu. Anda hanya perlu bersangka baik dalam segala hal.
Begitulah serba-sedikit perkongsian penulis dalam artikel Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga.

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari kekasih memang senang. Tetapi yang memiliki ciri-ciri idaman bukan senang untuk dicari.Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.Semoaga artikel 10 Sifat Calon Suami Yang Baik yang penulis sediakan dapat membantu anda wahai wanita yang ingin Mencari Calon Suami.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik

  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Keganasan Pada Rakyat Filipina Di Sabah,PBB Akan Campur Tangan

Keganasan Pada Rakyat Filipina Di Sabah,PBB Akan Campur Tangan 
 

MANILA - Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) menggesa Malaysia mengadakan dialog dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan konflik di Sabah.



Media ABC-CBN News melaporkan, Filipina turut mahu mengadakan perbincangan terhadap dakwaan keganasan dilakukan anggota keselamatan ke atas penduduk Filipina di Sabah.


Jurucakap DFA, Raul Hernandez berkata, pada masa kini, pihaknya sedang melihat bagaimana Malaysia bertindak balas terhadap gesaan PBB dalam menyelesaikan konflik itu.


“Kerajaan masih menunggu laporan dakwaan penderaan dilakukan anggota keselamatan Malaysia terhadap rakyat Filipina dan pengikut Kiram,” katanya.


Menurutnya, sebelum Filipina boleh bertindak ke atas tuduhan itu, kami mahukan dakwaan itu ditandatangani dan disahkan oleh mangsa itu sendiri.


“Kerajaan kini sedang mencari akses kepada tahanan Filipina di Malaysia,” katanya.


Hernandez berkata, kerajaan sedang berusaha mendapatkan akses untuk memindahkan tahanan Filipina yang sedang ditahan di Malaysia bagi mengetahui bantuan yang diperlukan.


“Permohonan telah dilakukan tetapi masih belum mendapat jawapan dari pihak berkuasa Malaysia,” katanya.


Beliau berkata, sehingga kini kerajaan tidak tahu di mana tahanan Filipina itu ditempatkan.

Sementara itu, tiga wakil dari Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan tiba di Lahad Datu untuk membantu pasukan kemanusiaan di Sabah.


Beliau berkata, terdapat 1,464 orang terdiri daripada penduduk Filipina, Indonesia dan juga pekerja tempatan dipindahkan di empat pusat di Lahad Datu.


Dalam perkembangan lain, keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia mendakwa “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) terbunuh dalam Operasi Daulat, terbunuh.


Jurucakapnya, Abraham Idjirani memberitahu, beliau telah bercakap dengan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih hidup.


“Beliau masih hidup dan mereka berkumpul semula pada 1.00 pagi hari ini (semalam). Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” katanya.


Jurucakap tersebut turut didakwa mempertikaikan angka kematian anggota kumpulan itu dengan mengatakan hanya 23 orang terbunuh setakat ini. - ABC-CBN news -Sinar harian

Al-Quran versi android yang salah

[Image: 263768_499005316796528_1226399067_n.jpg]

PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BNYAK YNG BOLEH....
>_<

Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.



Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation".
"Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah
jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.


Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka
tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu
orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah saw

[Info] Top 5 Wallpapers Site

Salam...
Indah itu fitrah. Bosannya melepuk dalam kotak statik total. Sesekali mengingkari mitos, mendongak langit menoleh bumi. Tidak salah menukar wajah dalam rupa yang masih sama. Mengimaginasi kreativiti membentuk peribadi. Hidup mesti tersendiri menjadi pengenal identiti di tengah khalayak. Letih mencuba dan mencari belum tercapai idaman hati. Ayuh! Kami kongsikan sedikit cenderahati.

Top 5 laman wallpaper terbaik dunia berdasarkan pencalonan pembaca dalam kategori tersendiri. Di sini segalanya ada. Anda boleh bawa pulang yang mana satu untuk mengubah muka bosan komputer anda. Tetapi harus di ingat, untuk mendapatkan kualiti yang terbaik anda harus tahu resolusi skrin yang serasi dengan desktop komputer anda. Klik kanan pada Desktop > Screen resolution > Resolution : lihat nilai "recommended". Itulah angka serasi untuk anda. Dan angka itu jugalah yang akan anda gunakan untuk memilih saiz wallpaper untuk desktop komputer anda.


Wallbase
Laman yang kian mendapat perhatian dan semakin popular. Mempunyai pangkalan data imej yang besar. Membolehkan anda mencari dengan kata kunci; warna, tag popular serta penapis tetapi hanya untuk imej resolusi tinggi. Agak leceh! Anda perlu mendaftar akaun untuk mendapatkan banyak kelebihan seperti mendapatkan nisbah (ratio) pilihan sendiri, melanggan dan menyimpan senarai wallpaper kegemaran.
*Rasanya di sini amat sesuai untuk pengguna komputer meja yang mempunyai resolusi skrin yang besar.

Digital Blasphemy
Anda berminat dengan karya yang unik? Di sinilah tempatnya untuk anda memuat turun 3D, seni aneh, fantasi, dunia asing, tamadun misteri termasuk sumber alam yang iconic. Terdapat pelbagai seni CG yang tersedia meskipun sudah agak ketinggalan. Kebanyakannya boleh di dapati secara percuma tetapi jika mendaftar sebagai ahli bermula dengan yuran $20 setahun anda akan mendapat akses untuk mendapatkan wallpaper terbaru siap di hantar terus kepada anda.
*Hmmm...berbayar lagi! Berbaloi ke? Agak berbaloi untuk untuk pengguna swasta yang berkait kerja dalam bidang kreatif.

DevianArt
Satu lagi laman popular mengumpulkan para penggiat kreativiti mempunyai latar belakang yang berbeza dari seluruh dunia. Tidak terlalu mengongkong pengkaryanya dengan syarat yang ketat. Hasilnya ia menjadi sebuah laman yang produktif dan anda boleh dapatkan berbagai wallpaper yang unik termasuklah produk lain yang menarik. Sekiranya anda seorang yang berkreativiti hebat, di sinlah tempatnya untuk anda meluahkan ilham, bakat dan kerjatangan peribadi.
*Menariknya di sini, anda bebas berkarya dan mempamerkan kreativiti dengan idea yang pelik kepada dunia tidak kira walaupun anda cuma seorang amatur.

InterfaceLift
Mempunyai reputasi hebat sebagai destinasi wallpaper yang boleh di padankan dengan mana-mana resolusi, apa-apa ratio dan tetapan pelbagai monitor (multi-monitor setups). Pangkalan data yang kaya dengan gambar besar, maklumat foto untuk setiap wallpaper serta pemandangan semulajadi yang menarik. Dengan tetapan yang boleh ubah memudahkan anda menapis dan melihat semua wallpaper. Juga terdapat pilihan untuk pengguna iPhone dan iPad.
*Tapak yang amat mudah membuat pilihan wallpaper untuk skrin paling kecil sehinggalah kepada yang paling besar.

SimpleDesktops
Sepadan dengan namanya, laman ini membekalkan wallpaper yang tampak ringkas tetapi padat dengan seni. Laman yang mengkhususkan wallpaper dalam warna tunggal dengan grafik dan corak yang mudah meliputi alam semulajadi, grafik mewah, imej pegun filem dan fantasi 3D. Mempunyai pangkalan data agak kecil menyebabkan keterbatasan anda dalam membuat pilihan.
*Layaknya hanya untuk yang pandai menilai seni sahaja. Kalau di tatap dengan akal biasa memang agak membosankan.

Cukup ke dengan Top 5 di atas? Pun anda boleh merujuk dan mencari imej di 4Walled dan Google Images. Di situpun terdapat banyak pilihan walaupun sebahagiannya bukan dalam standard yang khas. Dengan berbagai aneka pilihan seperti ini, lagaknya bergaya sakanlah kita. Rambang mata celaru rasa di buatnya. Tapi... The Paper Wall pun ok apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...