SMPlayer boleh dikatakan mempunyai kesemua ciri yang ada pada UMPlayer,
cuma dalam kes prestasi, SMPlayer boleh dikatakan lebih baik. Selain
itu, ia juga menyokong penstriman video dari Youtube, yang mana ciri ini
tidak berfungsi pada UMPlayer. Pembangunan UMPlayer juga boleh
dikatakan sudah lama terhenti, jadi SMPlayer tampak kembali 'bersinar'
sebagai produk asal yang unggul.
Satu ciri SMPlayer yang paling saya sukai ialah ia akan 'mengingati'
setiap tetapan atau kedudukan semasa video yang sedang dimainkan. Jadi
jika anda terklik butang pangkah yang mengakibatkan ia ditutup secara
tidak sengaja, anda cuma perlu mainkan semula video tersebut, dan ia
akan dimainkan pada kedudukan terakhir ketika SMPlayer tertutup.
Tak lupa juga anda tidak perlu muat naik (load) semula sarikata pada
video tersebut kerana tetapan itu juga akan 'diingati' oleh SMPlayer.
Untuk pemasangan pada Ubuntu, anda perlu gunakan PPA dan baris perintah
di bawah:
sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
Untuk Arch Linux, cukup sekadar:
sudo apt-get update
sudo apt-get install smplayer smtube smplayer-themes smplayer-skins
sudo pacman -S smplayer
Bagi sistem operasi Windows pula, anda boleh muat turun fail pemasangnya
di sini:
SMPlayer -
Downloads
Selamat mencuba dan menyukai SMPlayer.
SMPlayer : Bukan Sebarang Front End
SMPlayer : Bukan Sebarang Front End
Unknown
Rating: 5
Wednesday, 6 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










No comments: