Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tips 10 Kelebihan Orang Bersolat


1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
5. Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7. Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.

(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)

Sabda Rasulullah SAW Mengenai Puasa & Ibadat Yang Sia-Sia

Sabda Rasulullah SAW Mengenai Puasa & Ibadat Yang Sia-Sia
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam".


[Image: th.jpeg] 




Keterangan :-

Ada beberapa pendapat ulama dalam menjelaskan hadith ini :-

1- Yang dimaksudkan dalam hadith di atas ialah orang yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Sebanyak mana dia telah mendapat pahala dari puasanya, dosa yang didapati kerana memakan makanan yang haram lebih besar daripada pahala yang diperolehinya daripada puasa.Oleh itu, dia tidak mendapat apa-apa selain berlapar sepanjang hari.

2- Seseorang yang berpuasa tetapi sentiasa terlibat dengan perbuatan mengumpat.

3- Seseorang yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Sabdaan Nabi saw adalah jami' (Lafaznya sedikit tetapi membawa maksud yang luas). Semua pendapat dan perkara di atas serta sabdaan-sabdaan baginda yang lain termasuk dalam maksud tersebut.Demikian juga dengan berjaga malam. Sepanjang malam berjaga beribadat tetapi untuk bersuka-suka telah mengumpat sedikit atau melakukan apa-apa perbuatan bodoh yang lain sehingga semua pahala berjaga malam untuk beribadat itu menjadi sia-sia. Contohnya membiarkan solat Subuh berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga semata-mata kerana riak dan kemasyuran maka itu sememangnya sia-sia.

Dengan itu, kepada semua muslimin dan muslimat,penulis Jom Kongsi Info & saya sendiri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... 



Manusia Diciptakan Untuk Selama-lamanya


[Image: peta+hidup.JPG] 


[Image: 5JKD7fc.png] 

9 Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah


Solat merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

[Image: 000000000000000000000000000000000000-00004.jpg]

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.


4. Orang lelaki yang melarikan diri.


5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”


Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solat mu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
Wallahualam.

Puasa~

Sempena Ramadan yang bakal menjelang, abg nak share sesuatu tentang PUASA. Abg harap, jangan ada yang ponteng puasa ea~

(bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Dalil Firman Allah S.W.T:


“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:


" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat


Seseorang yang akan berpuasa diwajibkan berniat puasa pada malamnya. Bagi seorang lelaki sunat hukumnya berniat berpuasa selama sebulan. Ini adalah untuk mengelak daripada terlupa berniat setiap hari. Tetapi bagi Mazhab Syafie niat hendakalah dilakukan pada setiap hari. Jika terlupa memadailah dengan niat sebulan diawal puasa.

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


• Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


• Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

• Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok hari dan sebulan bulan Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Hukum puasa
Puasa Wajib


1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
2. Puasa Kifarah.
3. Puasa Nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram
1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
4. Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
5. Puasa perempuan haid & Nifas
6. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
7. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
8. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
• Berakal/waras
• Baligh (cukup umur)
• Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
• Orang Islam
• Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
• Suci daripada haid dan nifas
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:
• Berniat pada malam harinya
• Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

• Makan sahur serta melambatkannya
• Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
• Menjamu orang-orang berbuka puasa
• Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara Makruh Dalam Berpuasa

Seseorang yang berpuasa hendaklah memelihara puasanya daripada melakukan perkara-perkara yang makruh, agar pahala puasa tidak berkurangan. Diantara perkara makruh dalam berpuasa ialah;

Perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa adalah seperti berikut :

1. Menggosok gigi selepas gelincir matahari. Mengikut Mazhab Syafie.

2. Merasa makanan - kerana takut sampai ke dalam rongga.

3. Memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.

4. Mencium atau mengucup isteri.

5. Banyak berkumur-kumur .

6. Mengelurkan darah seperti berbekam dan lainnya.

7. Mandi kerana mahu menyejukkan badan selepas waktu asar.

8. Bercakap perkara-perkara buruk dan keji

9. Memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan ketika berwuduk

10. Menderma darah

11. Tidur yang lama disiang hari makruh mengikut pendapat mazhab maliki.

12. Lewat menunaikan mandi hadas besar sehingga melepasi waktu imsak.

13. Memandang perempuan atau lelaki atau berkhayal sehingga menaikkan nafsu syahwat. Ini termasuk menontong filem atau video lucah. Perbuatan itu adalah haram dan menghapuskan pahala puasa.

14. Berbekam. Para fuqaha berhujjah tentang hukum berbekam. Kebanyakan mereka mengatakan berbekam itu hukumnya makruh. Ini boleh dilihat dalam kitab Mughni Al-Muhtaj (Jilid I) Mazhab Syafi'ie, As-Syarh As-Saghir (jilid I) Mazhab Maliki. Kedua mazhab ini berpendapat bahawa berbekam hukumnya makruh. Mazhab Hanafi pula berpendapat tidak makruh sekiranya berbekam itu tidak melemahkan orang yang berpuasa.

Asal hukum berbekam itu batal sebagaimana sabda Rasululah s.a.w. Nabi S.A.W: "Terbatal puasa pembekam dan yang dibekam." (Riwayat At-Tirmidzi dianggap hasan sahih, juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Abu Daud). Tetapi hadits ini telah dimansukhkan oleh hadith yang lain daripada Ibnu Abbas: "Sesungguhnya Nabi S.A.W berbekam sedangkan baginda berpuasa." (Riwayat Bukhari, At-Tirmidzi menganggapnya Hadith Hasan, Abu Daud, dan Ibn Majah)

Hadith pertama (berbekam batal puasa) berlaku sebelum pembukaan kota mekah iaitu pada tahun 8 hijrah sementara hadith kedua (berbekam tidak batal) diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Abbas menganut Islam bersama ayahnya semasa pembukaan kota mekah.
Oleh yang demikian, hadith yang pertama telah dinasakhkan oleh hadith kedua. (Ibn Kathir, Al-Baith Al-Hathith)

15. Memakai bau-bauan di badan atau di dalam mulut.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
• Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
• Keluar darah haid atau nifas
• Gila (hilang akal)
• Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
• Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
• Murtad (keluar dari Islam)
• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
• Menyelam di dalam air kerana akan menyebabkan air memasuki rongga samada telinga, mata, hidung, dubur dan sebagainya.

Mereka yang diizinkan berbuka
Terdapat kelonggaran atau rukhsah (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
• Orang yang sakit .
• Orang yang berkerja buruh.
• Orang yang dalam musafir (perjalanan).
• Orang tua yang sudah lemah.
• Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك يا أرحم الراحمين


Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Jika doa untuk ramai


اللهم لك صمنا وبك امنا وعلى رزقك أفطرنا برحمتك يا أرحم الراحمين

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.

3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Puasa Dalam Agama Bukan Islam
Puasa dalam agama Kristian
Dalam Katolik, puasa bermakna mengurangkan pengambilan makanan kepada satu hidangan besar (yang mungkin tidak mengandungi daging pada hari Jumaat Lent) dan dua hidangan kecil (diambil pada waktu pagi dan petang). Mengambil makanan di antara waktu makan ini tidak dibenarkan. Berpuasa dimestikan untuk penganutnya pada hari tertentu. Berpuasa sepenuhnya bermakna mengelakkan daripada memakan daging untuk sehari. Berpuasa separuh bermaksud mengambil daging hanya sekali pada hari tersebut. Kepada sesetengah Katolik, berpuasa bermaksud tidak makan apa saja kecuali minum air.

Paus Pius XII pada mulanya melonggarkan beberapa peraturan berkenaan puasa pada tahun 1956. Pada tahun 1966, Paus Paul VI menukar peraturan ketat berpuasa dalam agama Katolik Kristian. Dia mengesyorkan berpuasa bergantung kepada situasi ekonomi tempatan, dan semua penganut Katolik berpuasa secara sukarela. Di Amerika Syarikat, hanya terdapat dua hari yang wajib berpuasa - Rabu Ash dan Good Friday. Hari Jumaat Lent pula adalah hari menahan diri daripada memakan daging. Ajaran pastor sejak tahun 1966 adalah puasa secara sukarela semasa Jumaat Lent dan menahan diri daripada makan dan minum pada hari Jumaat lain. Apabila kesihatan atau kerja seseorang terganggu, peraturan ini tidak dimestikan.

Penganut Roman Katolik juga dimestikan mematuhi Puasa Eukaris yang bermakna tidak mengambil apa-apa melainkan minum air atau ubat selama sejam sebelum Eukaris (Holy Communion). Amalan pada masa dulu adalah berpuasa dari tengah malam sehingga pada hari upacara tersebut tetapi kerana upacara pada waktu tengahari menjadi kebiasaan, berpuasa untuk ini diubah kepada berpuasa selama tiga jam. Peraturan terkini memestikan berpuasa hanya selama sejam, walaupun begitu beberapa penganut Katolik masih mematuhi peraturan lama.

Puasa dalam agama Yahudi
Rencana utama: Ta'anit
Puasa untuk umat Yahudi bermakna menahankan diri keseluruhannya dari makanan dan minuman, termasuk air. Gosok gigi diharamkan pada puasa hari besar Yom Kippur dan Tisha B'Av (lihat di bawah), tetapi dibenarkan pada puasa hari kecil. Memakan ubat pada umumnya tidak dibenarkan, kecuali di mana suatu arahan doktor akan melarangkan ketahanan diri. Umat Yahudi yang mengamal berpuasa sampai ke enam hari pada satu tahun. Dengan pengecualian Yom Kippur, puasa tidak dibenarkan pada Shabbat, kerana rukun menyimpan Shabbat adalah mengikut bible ditentukan dan mengatasi hari-hari puasa berinstitusi rabbi kemudian. Yom Kippur adalah satu-satunya rukun yang mana ditentukan dalam Taurat.

Puasa dalam agama-agama lain
Amalan berpuasa tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Penganut-penganut agama lain turut berpuasa, sebagai contoh agama Hindu, Kristian dan Yahudi. Apa yang membezakan puasa-puasa ini ialah cara perlaksanaan dan juga waktu berpuasa. Namun, tujuan dan matlamat puasa adalah sama, iaitu mendekatkan diri dengan Tuhan.

Hikmat Puasa dan kesihatan
Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.

Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.

Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.

Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.

Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.


Tertinggal Puasa

Sesiapa yang tertinggal puasa atau meninggalkannya dengan sengaja, maka wajib menggantinya dengan berpuasa selama hari-hari yang ditinggalkan. Jika luput setahun, iaitu sehingga bertemu pula dengan bulan ramadhan yang lain maka wajib dibayar fidyah. Fidyah kerana meninggalkan puasa ialah sebanyak 1 cupak makanan asasi sesuatu negara atau negeri. Sekiranya seseorang yang meninggal puasanya selama 5 tahun maka dia wajib menggantinya selama 150 hari dan 150 cupak makanan. Dan hendaklah dia memahon keampunan dari Allah dengan taubat nasuha.

Tips Petua Untuk Awet Muda Cara Islam & Doa Pemanis dan Penyeri


[Image: petua+awek+muda.jpg] 



Petua untuk awet muda cara islam. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.


Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.


Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

[Image: Al-Waqiah-36-38.jpg]


  1. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

  2. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

  3. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

  4. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

  5. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

  6. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

  7. Amalkan solat tahajud.

  8. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

  9. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

  10. Maafkan semua orang sebelum tidur.

    Doa Pemanis dan Penyeri Wajah Surah Yusuf

    Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya sentiasa berseri bolehlah cuba diamalkan membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).

    Doa Pemanis Wajah


    [Image: doa+pemanis+wajah.jpg]
    Maksud Ayat:

    (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. [Surah Yusuf: 4]

    Khasiat ayat ini:

    1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja
    2. Wajah menjadi berseri-seri
    3. Manis dipandang orang

Hukum Lelaki Memakai Cincin, Gelang Dan Rantai



[Image: rantai.jpg]

Artikel ini lanjutan daripada artikel terdahulu, hukum lelaki memakai emas putih dan platinum. Kali ini ianya lebih khusus dan mendalam

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. 

al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam.

Sumber

10 Ciri Calon Suami Yang Baik


[Image: 10-Ciri-Calon-Suami-Yang-Baik.jpg] 

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat 
berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang 
mempunyai sifat-sifat berikut :

Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat
pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian 
yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya 
seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti 
sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.




Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa.

Apakah maksud Syiah


Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud :

Pengikut dan pembela seseorang.
Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa SaidinaAli bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripadasahabat-sahabat lain.

Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah jugadengan firqah Khawarij, namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali diKarbala, pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhabaqidah.

Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehinggamembawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalahfiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangatkecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.


Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’[5]yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadiduri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkankepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).


Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , laludiulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.


Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut. Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.


Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah.Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).

Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain.

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain.

Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain.

Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada hadghulah, maka mereka masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.

Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata menghancurkan golongan Sunni.

Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.

Sumber : Wikipediia

‘Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib, dan Dia tidak menyatakan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya” (Al-Jin: 26-27)

Jari Telunjuk & Jari Ibu

[Image: 149932_10151344025629285_1979570794_n.jpg]

Sunnah Rasulullah Dikatakan Biadap, Sunnah YAHUDI Jadi Ikutan !

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Dari : HaffizYusuf #

Keterangan Tentang Jari Telunjuk (UAI) Video :

https://www.facebook.com/photo.php?v=4362464294990

Hukum Mencukur Janggut Dan Misai

[Image: janggut+dan+misai.jpg]
Soalan; Assalamu alaikm, ustaz. Minta ustaz jelaskan lanjut tentang hukum mencukur janggut. Misai pula macam mana? Terima kasih.

Jawapan;


HUKUM JANGGUT


1. Terdapat arahan dari Nabi s.a.w.;

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib.

Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan.

Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggungnya, yang lebih (dari genggaman) akan dipotongnya” (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun ada juga ulamak (antaranya Imam an-Nawawi) yang berpandangan; janggut hendaklah dibiarkan tanpa diganggu kerana Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadis tadi; “….biarkanlah janggut..”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).


HUKUM MISAI


2. Berbeza dengan janggut, misai pula diperintahkan (dalam hadis tadi) supaya dibuang (digunting/dicukur); “..buanglah misai..”. Tentang had yang perlu dibuang, para ulamak berbeza pandangan;

a) Pandangan pertama; menurut ulamak-ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali; yang terbaik ialah mencukurnya (yakni membuang habis). Mereka berdalilkan beberapa sabda Nabi s.a.w. antaranya;

جُزُّوا الشَّوَارِبَ، وَأَرْخُوا اللِّحَى، خَالِفُوا الْمَجُوسَ
“Potonglah misai (hingga habis) dan biarkanlah janggut. Hendaklah kamu berbeza dengan orang Majusi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut pandangan ini; Perkataan al-jazz dalam hadis di atas memberi makna menggunting misai dan bulu hingga sampai ke kulit.

Di dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda;

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Berkata Imam Ibnu Hajar; perkataan al-Jazz dan al-Ihfa’ menunjukkan kepada tuntutan agar bersungguh-sungguh dalam membuang misai. Al-Jazz bermaksud; menggunting hingga ke kulit. Al-Ihfa’ pula bermaksud; membuang habis. Kerana itu Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mensunatkan dibuang habis misai dengan mencukurnya. (Faidhul-Qadier, hadis no. 3586. Tuhfah al-Ahwazi)

b) Pandangan kedua; menurut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki; yang disunatkan hanyalah mengguntingnya sahaja supaya kelihatan bibir mulut (yakni menggunting bahagian yang memanjang ke atas bibir mulut). Adapun mencukurnya adalah dilarang, di mana hukumnya adalah makruh.

Dalil mereka ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; Nabi menggunting sebahagian misainya dan berkata; “Nabi Ibrahim melakukannya” (HR Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib). Imam al-Baihaqi meriwayatkan (dalam Sunannya) dari Syurahbil bin Muslim al-Khaulani (seorang Tabiin) yang menceritakan; Aku telah melihat 5 orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Umamah, Abdullah bin Bisr, Utbah bin Abd as-Sulami, al-Hajjaj bin ‘Amir dan al-Miqdam bin Ma’di Yakrib, mereka menggunting misai selari dengan pangkal bibir mulut”. (al-Majmu’, Imam an-Nawawi).

Mengenai hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh pandangan pertama tadi, dijawab; yang dimaksudkan oleh Nabi dengan ucapannya “…buanglah misai..” bukanlah membuang keseluruhannya, akan tetapi membuang sebahagiannya sahaja (iaitu yang melepasi ke bibir mulut) sebagaimana yang ditunjukkan oleh sahabat Nabi tadi.

c) Pandangan ketiga; menurut Imam Ibnu Jarir at-Tabari; harus kedua-duanya, yakni kita boleh memilih sama ada hendak mengguntingnya sahaja atau mencukurnya kerana kedua-duanya sabit di dalam hadis Nabi s.a.w..

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 1/152-155 (Kitab at-Toharah, Bab Khisal al-Fitrah).
2. Faidhul-Qadier, Imam al-Munawi, hadis no. 3586.
3. al-Mjamu’, Imam an-Nawawi, Kitab at-Toharah, bab as-Siwak (1/287).
4. Tuhfah al-Ahwazi, Kitab Abwab al-‘Ilmi, bab Ma Ja-a Fi Qassi as-Syarib (8/42).
5. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdus-Salam Tawilah, hlm. 276-280.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 21.
7. Fiqh at-Thoharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan, hlm. 42.

Cara Mencukur Bulu Kemaluan Wanita

Cara Mencukur Bulu Kemaluan Wanita -
Agar daerah sensitif wanita, atau tepatnya di daerah kemaluan wanita selalu bersih, maka sangat perlu dilakukan pemangkasan (cukur) bulu yang tumbuh disekitar vagina. Selain menjaga kebersihan didaerah sensitif ini, mencukur bulu kemaluan wanita juga dapat membuat daerah sensitif terlihat lebih rapi dan terbebas dari sarang jamur.

Bagaimana cara mencukur rambut kemaluan wanita dilakukan? Jawabnya adalah kamu para wanita bisa melakukan pencukuran bulu kemaluan dengan cara sebagai berikut ini:

1. Kalau kamu mau menggundul habis, gunakan alat cukur dengan dua mata pisau dan dilengkapi dengan sabun.

2. Gunakan mata pisau cukur yang baru setiap kali mencukur.

3. Lakukan bertahap dari atas ke bawah. Gunakan gunting yang bersih dan tajam. Gunting yang tumpul akan membuat rambut kemaluan kamu terjepit dan terbetot oleh gunting. Sakitnya, yah, lumayanlah

4. Kalau kamu mau menggundul habis, gunakan alat cukur dengan dua mata pisau dan dilengkapi dengan sabun.

5. Jika mencukur dengan alat cukur listrik, yakinkan mata pisaunya nggakenggak tumpul. Biar rambut kemaluan kamu nggakenggak kebetot.

6. Pegang kulit dengan satu tangan, dan cukur dengan tangan lainnya. Cara ini untuk merentangkan kulit yang berkekuk-lekuk di dekat labia dan kclitoris.

7. Jika mencukur dengan alat cukur listrik, yakinkan mata pisaunya nggakenggak tumpul. Biar rambut kemaluan kamu nggakenggak kebetot.

8. Bagian yang kamu cukur bBersihkan dengan air, bagian yang kamu cukur lalu keringkan dengan handuk. Pastikan nggakenggak ada potongan rambut yang masuk ke vagina kamu.

Semoga informasi cara mencukur bulu kemaluan wanita diatas dapat bermanfaat bagi anda. Semoga dengan trik mencukur rambut kemaluan wanita yang sudah disampaikan tersebut, mulai saat ini kamu sudah bisa menjaga kebersihan vagina setiap saat.

Sumber : Bernama

Istikharah Permulaan Cinta

Istikharah Permulaan Cinta
Ramai yang selalu keliru dalam bercinta. “Siapa jodoh aku?” ” Biar betul dia calon pendamping aku?”.
Soalan-soalan demi soalan diajukan kepada diri sendiri tanpa ada jawapan yang tercipta.Cinta itu tidak perlu dipaksa kerana hati ini milik Allah.
Rujuk artikel: Cara Buat Solat Istikharah
Allah yang memegang hati ini,Allah yang memasukkan cinta dan menerbitkan cinta di hati ini jadi berhentilah memaksa seseorang mencintaimu tetapi mintalah dengan Allah agar dilabuhkan rasa cinta itu ♥
Apa kata dari asyik biar diri dibelenggu persoalan,kita ubah sedikit.Tanya pula pada Allah tapi macam mana nak tanya pada Allah?
Itulah adanya solat istikharah. Sebenarnya solat istikharah ini bukan hanya untuk mencari jodohsahaja.Apabila rasa keliru dalam meentukan siapa pasangan kita,kita digalakkan melaksanakan solat istikharah.
Solat istikharah bertujuan meminta petunjuk dari Allah pilihan yang paling baik kerana Allah Maha Mengetahui.
Tapi bila nak kerjakan solat istikharah ni? nak tahu ?
Sebenarnya solat istikharah ini boleh dilakukan berulang-ulang kali sehingga kita sudah dapat jawapannya.
Jawapan boleh datang dengan pelbagai cara seperti getaran hati dan mimpi.Waktu paling afdhal bagi mengerjakan solat istikharah ialah 2/3 malam.Sewaktu orang lain enak dibuai mimpi kita bangun mencari jawapan dari Illahi.

Doa Solat Istikharah

Doa Solat Istikharah
Solat istikharah sangat mudah dilakukan.
Dua rakaat sahaja.Rakaat pertama dialunkan surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun manakala rakaat kedua diperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
Solat istikharah amat mudah dilaksanakan cuma perlu dilakukan secara istiqomah namun tidak ramai yang memilih untuk mengerjakannya.
Lebih ramai yang gemar ucap, “I love you” dan menunggu respon sahaja tanpa menyerahkan urusanjodoh pada Allah.
Jadikanlah istikharah sebagai permulaan cinta anda dan diteruskan dengan bercinta selepas nikah.

UAI-Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan Selama Tiga Tahun

Kelebihan Solat Dhuha
Soalan : Ustaz, mohon terangkan cara bagi meng-qada solat yang ditinggalkan selama tiga tahun. Bagaimana niatnya?
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus : Qada solat adalah sama caranya dengan solat fardu yang kitatunaikan. Sekiranya kita qada solat subuh, tetap ia dikerjakan dua rakaat. Niatnya adalah , “Sahaja aku solat fardhu subuh qada, dua rakaat tunai , kerana Allah” .. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada kelapangan sama ada dalam waktu subuh , waktu pagi , petang , ataupun malam.

Mustafa Kemal Ataturk Pemusnah Empayar Islam


Mustafa Kemal Antatuk adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).


Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.



Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
    Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

    Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

    Antaranya ialah :
    1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
    2. Sakit jantung.
    3. Penyakit darah tinggi.
    4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na’udzubillahi min zaalik….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...