Salam semua.
Kali ini Abg S ingin berkongsi cara untuk root HTC One X. Bagi
pemilik peranti ini, jika anda ingin melakukannya, sila lakukan atas
risiko anda sendiri! Saya tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian anda
sekiranya berlaku apa-apa.
Ini adalah cara yang saya sendiri gunakan. Jadi disebabkan telah
terjamin keberkesanannya, dan jika anda melakukannya 100% mengikut video
tutorial, kebarangkalian untuk risiko bricking adalah sangat rendah.
Bagi yang tidak tahu apa kegunaan root untuk Android, Abg S akan tulis
pos berasingan untuk menjelaskan kepada anda apa faedah yang anda dapat
jika anda 'root' smartphone anda.
Perkara Perlu Dilakukan :
1. Unlock Bootloader
2. Root HTC One X
Mari kita teruskan dengan perkara pertama, iaitu unlock bootloader.
Langkah-langkah yang dibuat:
1. Pergi ke laman
HTCdev.com dan daftarkan satu akaun
2. Setelah daftar dan sahkan akaun anda melalui e-mel, sila klik pada
Unlock Bootloader -> Get Started
3. Seterusnya klik pada
Select Your Device dan pilih
All Other Supported Models
4. Klik
Begin Unlock Bootloader
5. Ikut arahan yang tertera pada skrin (
tonton video 1/2 di atas untuk memahami langkah-langkah yang disebutkan).
Root HTC One X:
Langkah-langkah yang dibuat:
1. Anda perlu muat turun dahulu fail fastboot di sini :
fastboot.rar
2. Ekstrak fail tersebut (dengan menggunakan WinRAR atau mana-mana perisian setara).
3. Salin fail
CWM-SuperSU-v0.89.zip ke dalam sdcard One X anda.
Untuk melakukannya, anda perlu sambungkan One X kepada komputer dengan
menggunakan kabel USB dan tukar status kepada Disk drive.
4. Setelah selesai menyalin, tukar status Disk drive kepada Charge only.
5. Buka command prompt dengan menekan butang berlogo
Windows + R dan taipkan '
cmd' lalu tekan Enter. Halakan command prompt pada folder fastboot.
6. Masuk kepada Bootloader dengan menekan secara serentak butang Power +
Volume Down. Jangan lepaskan kedua-dua butang itu sehingga anda melihat
bootloader. Pilih FASTBOOT dan tekan butang Power.
7. Taipkan
fastboot flash recovery recovery-clockwork-touch-5.8.4.0-endeavoru.img dan tekan Enter. Ini akan memasang ClorkworkMod Touch Recovery versi terbaru pada waktu pos ini ditulis.
8. Untuk memudahkan kerja, anda boleh namakan semula fail itu kepada
recovery.img sahaja. Jadi baris perintahnya adalah
fastboot flash recovery recovery.img. Faham kan?
9. Dalam video yang disediakan di atas, ada satu lagi langkah yang
beliau terlupa hendak nyatakan iaitu selepas selesai anda flash
recovery, sila masukkan baris perintah yang PENTING ini untuk
mengelakkan sebarang ralat:
fastboot erase cache
10. Masuk ke mode RECOVERY. Sila tonton
video 2/2 untuk melihat kaedahnya (minit ke 3:03)
11. Navigasi ke arah install zip from sdcard -> choose zip from
sdcard -> Pilih CWM-SuperSU-v0.89.zip dan tekan butang Power.
12. Pilih Yes - Install CWM-SuperSU-v0.89.zip dan tekan butang Power
(Jika CWM menyokong fungsi sentuhan, anda cuma perlu menyentuh sahaja
pilihan yang disebutkan).
13. Go Back -> reboot system now
14. Masuk Play Store dan sila pasangkan
Busybox! Penting dan WAJIB untuk digandingkan dengan SuperSU!
15. Sekarang HTC One X anda sudah pun berjaya di-root! Anda boleh cuba
mana-mana apps yang memerlukan root untuk memastikannya atau anda boleh
pasangkan
Root Validator untuk memeriksa status root anda.
Tahniah! Unlocked and Rooted!