Apa Itu Crack, Patch, Serial, Keygen?

Terdapat 4 cara untuk 'mengubahsuai' sesuatu fail dan menggunakannya dalam versi penuh (Full Version). Cara ini menjadikan sesuatu program yang kita gunakan itu tidak lagi disekat penggunaannya atas sebab versi percubaan sudah tamat dan sebagainya. Tujuan ia dibuat adalah untuk mengelakkan daripada program tersebut disalin semula dan diedarkan secara tidak sah. Namun apa jua dalam internet adalah tidak mustahil dilakukan dan ia boleh dilepasi (bypass) dengan 4 cara/tools iaitu:


  • Crack
  • Patch
  • Serial
  • Keygen


Penerangan:


Crack : Crack ialah fail dari program, yang istilah mudah fahamnya - 'pre-hacked' oleh para Crackers yang mahir. Biasanya crack merupakan fail .exe dari sesuatu program tetapi dalam versi yang telah diubahsuai. Ia juga boleh jadi fail DLL atau fail utama dari program (contohnya registry) yang digunakan untuk 'mendaftarkan dirinya' sendiri atau memeriksa status perisian secara atas talian. Fail yang telah diubahsuai (Cracked) biasanya tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Kelemahan untuk fail versi ini ialah ia boleh menjadi besar kerana ia merupakan versi ubahsuai sahaja dari versi yang asal. Apabila seseorang pengguna mengemaskini perisian, ia akan menyalin kembali (overwrite) fail crack tersebut dan ia akan kembali kepada keadaan asal. Perkara ini selalu berlaku untuk perisian IDM (sekadar contoh).

Patch: Patch lebih baik dari Crack. Ianya bersaiz lebih kecil dan biasanya mempunyai maklumat mengenai kegunaanya. Ia adalah satu program yang berasingan digunakan untuk perisian yang telah siap dipasang untuk membuat fail itu menjadi Crack (.exe, DLL). Dengan Patch, anda boleh membuat fail CRACK. Apabila anda klik pada fail Patch, kebiasaanya anda akan dapat melihat 'nama kumpulan' yang mengeluarkannya, Cracker yang telah membuatnya, maklumat tentang fail pada perisian yang akan di-crack dan lain-lain lagi.

Serial: Kebanyakan orang sudah tahu apa itu 'serial' @ 'serial number' dan bagaimana untuk menggunakannya (dalam bahasa melayunya 'nombor siri'). Lazimnya serial yang disediakan akan mendaftarkan program perisian dengan nama Cracker program tersebut atau laman web yang mengedarkannya. Adakalanya serial boleh digunakan dengan mana-mana maklumat (seperti nama anda), dan adakalanya ia telahpun ditetapkan (nama, e-mel, syarikat). Kelemahan terbesar kepada serial adalah istilah yang dipanggil 'blacklisting'. (Google 'what is serial blacklisting' jika anda tidak tahu makna istilah ini)

Keygen: Keygen adalah singkatan bagi 'Key Generator'. Keygen adalah penyelesaian terbaik kepada kaedah membuat crack pada perisian. Keygen membolehkan anda untuk menjana data pendaftaran yang betul untuk program menggunakan mana-mana maklumat anda seperti (nama, e-mel, syarikat) tanpa mengubah apa-apapun dalam program (sama dengan serial, tetapi selalunya hanya untuk anda). Ada masanya keygen akan menjana satu serial bagi anda untuk digunakan, dan ada masa yang lain ia mungkin menjana fail lesen yang perlu diimport ke dalam program. Keygen mempunyai pelbagai kegunaan lain. Untuk perisian yang memerlukan pengaktifan, seringkali keygen akan membolehkan anda untuk menggunakan kaedah 'Phone Activation'.

P/S: Banyak program yang memerlukan pengaktifan membolehkan anda berbuat demikian melalui Internet atau melalui telefon. Keygen hanya meniru apa yang dilakukan oleh orang di syarikat perisian untuk anda.

Sila ambil perhatian bahawa berkemungkinan setiap fail yang anda muat turun dari internet (Crack, Patch, Keygen) kerapkali mengandungi virus yang terdiri dari Trojan (biasanya keylogger) tetapi mungkin juga ia merupakan False Positive Alarm dari antivirus. Oleh itu sekiranya anda tidak pasti dengan apa yang telah anda muat turun, buat backup terlebih dahulu, dan kalau takut, jangan gunakannya, tambahan lagi sekiranya sekuriti komputer anda lemah! (antivirus tidak dikemaskini, atau tiada antivirus langsung kecuali anda 'Advance User').



SUMBER : Torrent Invites

Related Post

Apa Itu Crack, Patch, Serial, Keygen? Unknown Rating: 5 Tuesday 26 February 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...