Apa Itu Warez?

Seringkali kita mendengar istilah ini, seringkali juga kita diberi amaran oleh moderator forum supaya tidak berkongsi pautan Warez. Tetapi apakah yang sebenarnya, perkara yang dimaksudkan sebagai Warez itu?
Tahukah anda, berkemungkinan besar anda sebenarnya adalah pengguna Warez yang aktif, meskipun orang memanggil anda dengan gelaran Ustaz? Err..

Jadi sebenarnya Warez itu apa?

Merujuk kepada Wikipedia, Warez dimaksudkan sebagai kerja-kerja yang dilindungi dengan Hak Cipta, tetapi diterbitkan tanpa bayaran atau royalti, atau mungkin juga ia  diniagakan dengan melanggar akta Hak Cipta tersebut. Senang faham kan? Kerana itu Warez sering dikaitkan dengan kegiatan lanun cetak rompak. Orang yang memuat turunnya mungkin anda juga..



Untuk lebih kefahaman, anda boleh rujuk sendiri laman Wikipedia.

Warez terbahagi kepada beberapa jenis. Mengikut kepada The WarezFAQ, Warez itu dapatlah dikategorikan kepada:

1. Crack : Anda boleh baca penjelasan mengenai Crack di sini.

2. Rips : Teras kepada sesebuah program, perisian, mahupun filem, dan mungkin imej CD/DVD/Blu-ray yang penuh.

3. ISO : Kebiasaannya Imej CD/DVD yang penuh.

Ketiga-tiga ini adalah kategori utama yang mana apabila dipecah-pecahkan maka anda akan menjumpai pula Keygen, e-Book, Mp3, Nombor Siri (Serial Number), Dox, 0-day, Permainan, Filem-filem, perisian dan sebagainya!

Tidak kiralah di mana anda memuat turun fail Warez sama ada di blog-blog atau di forum-forum, dan tidak kiralah bagaimana cara anda muat turun, baik melalui pautan terus atau Torrent, selagi ia merupakan dari jenis aplikasi, perisian, atau mana-mana jenis di atas yang perlu anda bayar tetapi anda mendapatkannya secara percuma, ia adalah Warez.

Contoh laman/forum Warez yang popular adalah seperti Warez-BB.


Ooo yeah I'm lovin it!!

Related Post

Apa Itu Warez? Unknown Rating: 5 Tuesday 26 February 2013

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...