CleanMem & Minimem: Aplikasi Pengoptimum RAM

selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua aplikasi atau boleh juga diambil kira sebagai perisian kerana memerlukan pemasangan meskipun terdapat versi mudahalih.

Selepas membaca penulisan yang dikarang oleh saudara Abg Saki. Saya mendapati daripada hasil kajian beliau lebih ke arah keselamatan yang perlu dijaga sewaktu menggunakan sebarang perisian yang didapati dari pelbagai sumber. Selepas membaca artikel yang ditulis oleh saudara Abg Saki,saya juga telah membuat kajian. Semasa saya membuat kajian,saya telah terlihat akan satu komentar daripada pengguna yang melayari laman tersebut,yang menjadi sumber  inspirasi kepada saya untuk menulis artikel ini. Ayatnya berbunyi seperti ini “cara paling mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu perisian itu mengandungi virus ialah dengan mengunjungi laman rasmi bagi perisian tersebut”. Betul juga pendapat beliau. Jika laman rasmi perisian tersebut agak kelihatan tidak terurus atau pihak yang bertanggungjawab atas perisian tersebut menggunakan laman perkongsian fail. Maka,anda boleh fikir berkali-kali sebelum menggunakan perisian tersebut. Sedikit panduan untuk anda mengekalkan keselamatan sewaktu menggunakan sebarang teknologi
.
memory booster 
Selesai sudah pembuka bicara sekarang kita teruskan kepada tujuan kita. Saya akan memberikan ulasan tentang perisian CleanMem terlebih dahulu. Perisian CleanMem dibina oleh saudara Shane seperti yang terdapat pada laman rasmi beliau. Perisian ini dibina bertujuan untuk mengurangkan kadar penggunaan memori yang terlalu tinggi oleh sesebuah aplikasi atau perisian. Perisian ini berjalan disebalik tabir atau dalam erti kata lain berkerja secara latar belakang. Anda tidak perlu membuat sebarang tetapan. Hanya jalankan perisian dan biarkan perisian ini melakukan tugasannya. Perisian CleanMem boleh didapati dalam dua versi iaitu percuma (Free) dan berbayar (Pro).
2013-02-08 18_03_41-Program Manager 
Perisian kedua pula ialah perisian Minimem. Perisian Minimem dibina oleh Kerkia. Perisian ini berkerja sama seperti perisian CleanMem. Tapi anda memerlukan sedikit tetapan yang tidak akan membebankan anda. Tapi,hasil yang anda akan dapat adalah menakjubkan. Perisian Minimem memiliki antaramuka yang ringkas dan mudah. Perisian Minimem bersifat percuma. Anda boleh memiliki perisian ini tanpa sebarang bayaran. Tapi,mereka mempunyai fungsi sumbangan.
2013-02-08 17_48_50- 2013-02-08 17_54_14-Program Manager
Hasil yang saya dapat amat memberangsangkan. Penggunaan memori yang sebelum ini tinggi turun dengan mendadak. Bayangkan sebelum ini saya menggunakan pelayar sesawang Firefox memori meningkat sehingga 900 MB daripada 1024 MB. Jadi,pekerjaan saya banyak tergendala. Kadar perisian gagal berfungsi  terlalu tinggi. Tapi,selepas menggabungkan aplikasi Firemin,CleanMem dan Minimem. Penggunaan memori ialah sekirar 500-600 MB. Selesai sudah perbincangan kita pada kali ini.

Related Post

CleanMem & Minimem: Aplikasi Pengoptimum RAM Unknown Rating: 5 Saturday 23 February 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...