Muat Turun Firefox 8 (Rilisan Stabil)

Mozilla Firefox nampaknya sudah mengeluarkan/melepaskan versi terbaru pelayar terunggul itu, iaitu versi 8. Berita ini pasti mengujakan kepada para peminat pelayar web umumnya dan Firefox itu sendiri khususnya. Terdapat banyak pembaharuan yang boleh dilihat pada versi terbaru. Antaranya ialah seperti pembangun telah menambah carian Twitter pada bar carian, menambahbaik penggunaan memori apabila menggunakan element audio dan video, memperbaiki beberapa isu kestabilan dan lain-lain lagi!




Rilisan ini tersedia untuk semua platform/sistem operasi. Buat pengguna Windows, anda boleh terus pasangkan seperti biasa dengan memuat turun fail pemasangnya. Untuk pengguna Ubuntu/Linux Mint, anda boleh kemaskini melalui cara INI, atau anda boleh pasang melalui baris perintah di bawah dengan menggunakan Terminal:

sudo apt-add-repository ppa:mozillateam/firefox-next
sudo apt-get update
sudo apt-get install firefox

Sekitar paparan skrin Firefox 8:




Maaf. Tak dapat nak tengok Firefox 8 lagi buat masa ni dalam Ubuntu 11.10 ni. Belum sempat nak mula dah crash. Kurang pasti apa masalahnya. Guna je la versi 7 ni!

Related Post

Muat Turun Firefox 8 (Rilisan Stabil) Unknown Rating: 5 Saturday 23 February 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...