Salam.
Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung
di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya
meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka
percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya
tempat berlakunya kemalangan.
Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand
menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu
oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam
kemalangan. Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang
kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.
Trend ini dibawa oleh pemandu teksi
Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung)
supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Namun,
sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini. Firman Allah,
mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat
dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka
baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat
dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw Bermaksud:
“Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada
mereka” (Riwayat Abu Daud).
Kesimpulannya janganlah mengikut
sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan
mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara
seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.
Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih
mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka
pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di
bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar. -MNH-
Sudah tentu ramai di luar sana pernah
melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang
(bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung
bawah kereta adalah budaya orang Thailand.
Namun begitu terdapat sebuah hadis yang
memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat
jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung
(Riwayat Muslim).
Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan
ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika
patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan. Perbuatan
menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai
perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan
dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi
mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada
malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap
masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu
dibuang atau menjadi alat permainan sahaja.
P/s: Harap berguna untuk renungan semua.
No comments: