Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga – Taati Suami

Isteri Nak Masuk Syurga
Ok, untuk artikel blog kali ini, penulis ingin berkongsi sesuatu yang di kira amat penting untuk diambil perhatian dalam melayari bahtera rumahtangga anda dan pasangan. Ianya mengenai ketaatan isteri terhadap suami.
Tahukah anda bahawa ada sebenarnya ‘jalan mudah’ untuk wanita-wanita atau isteri mencapai impian masuk syurga Jannatulllah?
‘Jalan mudah’ yang dimaksudkan ialah dengan mentaati suami. Nanti saya akan kongsikan sebuah hadis bagi menyokong pernyataan ini.
Buat para isteri di luar sana, taatilah suami anda dengan sepenuh-hati. Mentaati suami selagi mana tidak melanggar syarak (contoh melanggar syarak: diminta berbohong atau mencuri atau memudaratkan diri) adalah WAJIB hukumnya.
Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki,” Riwayat Abu Na’im.
Demikianlah hadis yang saya maksudkan tadi bagi menyokong tajuk artikel kita kali ini.
Isteri yang mentaati suaminya akan dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mentaati suami anda walaupun anda terpaksa berkorban kepentingan diri anda sendiri.
Dengan pengorbanan anda itu nescaya Allah akan kurniakan ganjaran rahmat, kesabaran dan pahala yang lebih besar.
Suami adalah nakhoda bagi bahtera rumahtangga anda. Dia lah yang akan tanggung segala dosa anda di dunia ini selama mana anda menjadi isterinya. Oleh itu, dia dikurniakan beberapa kelebihan dan dalam masa yang sama tanggungjawab yang besar perlu dipikul olehnya.
Jangan sesekali anda buat dia berkecil hati walaupun sedikit. Kelak ia boleh mengundang pergaduhan dan ada kebarangkalian anda boleh berlaku derhaka terhadapnya.
Oleh itu, senantiasalah bersangka baik terhadap semua keputusan yang dibuat oleh suami anda. Suami adalah pemutus segala keputusan akhir dalam rumahtangga anda.
Walaupun kadang-kala keputusan yang dibuat oleh suami anda itu anda tidak bersetuju, tapi ingatlah semua itu telah ditentukan oleh Allah. Allah lah yang telah menggerakkan hatinya untuk membuat keputusan itu. Anda hanya perlu bersangka baik dalam segala hal.
Begitulah serba-sedikit perkongsian penulis dalam artikel Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga.

Related Post

Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga – Taati Suami Unknown Rating: 5 Wednesday 20 March 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...