Rasanya ramai yang dah lihat,namun ianya masih lagi mencuri ramai perhatian rakyat Malaysia..
jom lihat asal usul mereka
1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana
menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903.
Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada
1957 sehingga tahun 1970. Beliau mendapat Gelaran Bapa kemerdekaan
2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau
adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk
pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali
perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama
kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi
Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri
pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada
keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai
kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.Beliau mendapat Gelaran Bapa
Pembangunan.
3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau
adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak
kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk
pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein
dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu
perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Tun Hussein
adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar.
4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun
Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det
adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak
jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling
berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan
dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang
yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun
Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia
Tenggara.Beliau mendapat gelaran Bapa Pemodenan.
5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Tun
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah Ahmad Badawi
dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau
Pinang.Beliau memperkenalkan Pendekatan pembangunan bersepadu Islam
Hadari. Beliau juga memperkenalkan koridor ekonimi dalam rancangan
Malaysia ke-sembilan. Sempat menjawat pengerusi persidangan Islam
OIC.Bapa Pembangunan Modal Insan.
No comments: