Linux Deepin: Distro Linux Menawan Dari China

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Indah bukan rupa,harum bukan bunga,manis bukan gula,panas bukannya bara,cinta kan tetap cinta. Maaf,pendahuluan tiada kena mengena dengan penulisan kali ini. Hanya minat yang mendalam dengan lagu rock 90-an bawaan Damasutra. Lagu mengajak kita berfikir. Sedap juga bila didengari di celah-celah telinga.

Anda pengguna Linux? Anda pernah dengar Linux Deepin? Jika pernah pastinya entri kali ini tidak berguna kepada anda. Sebelum meneruskan sebarang penulisan selepas ini. Penulis ingin tekankan kepada pembaca bahawa penulis belum lagi mencuba Linux Deepin tapi penulis ingin menyampaikan sedikit ilmu supaya anda yang belum mencuba boleh mencuba. Jadi,sesamalah kita mencuba pada masa mendatang.

Linux Deepin ialah sebuah distro yang popular/famous/terkenal/terkemuka/terbaik yang berasal dari China. Jika dahulu hanya terdapat Bahasa Cina (Mandarin mungkin) sahaja. Tapi,selepas mendapat perhatian dari pengguna dunia khususnya pengguna luar daripada China. Pembangun telah memuatkan Bahasa Inggeris didalam distro ini. Ini yang penulis dapat daripada beberapa blog yang menceritakan tentang Linux Deepin ini. Sewaktu penulis menulis entri ini versi bagi distro Linux Deepin yang sudah dilepaskan adalah versi 12.06. Jadi penulis berasa lebih baik diceritakan tentang Linux Deepin versi 12.06.

Sistem yang digunakan ataupun persekitaran desktop (desktop enviroment) berdasarkan Gnome Shell. Setelah melakukan perubahan,maka terhasillah Deepin Gnome Shell.

Pada versi 12.06. Pembangun Linux Deepin telah menambah beberapa plugin pada distro buatan mereka seperti:-

  • 1. Hide Message Tray: As the name indicates, it can hide the Message Tray.
  • 2. Kimpanel: Enables users to search in Gnome Shell for applications, files or contacts.
  • 3. Panel Settings: Lets users decide where the panel should be (top/bottom) and whether it should autohide.

Penunjuk mesej dipertingkatkan. Seperti distro linux Pinguy OS,Xubuntu dan lain-lain. Penunjuk mesej ini bertujuan untuk memudahkan kita. Itulah Linux. Linux=Mudah.

Dan banyak lagi penambahbaikan pada versi terbaru ini. Linux Deepin juga mempunyai Deepin Music Player dan Deepin Media Player.

Deepin Music Player merupakan pemain muzik buatan Linux Deepin. Dengan antaramuka yang cantik dan ringkas pasti memberikan tekanan kepada anda untuk menggunakan versi yang terbaru ini. Sekali lihat dah serupa Windows 8. Begitu juga dengan Deepin Media Player. Penulis sendiri pun terasa untuk menggunakan distro dari China ini.


Jika anda kurang yakin atau mahukan lebih lagi tentang Linux Deepin 12.06 ni. Klik disini.

Linux Deepin juga mempunyai Software Center yang tersendiri bagi menggantikan Ubuntu Software Center boleh dimuat turun disini fail .deb Cubalah pada Ubuntu atau distro yang menyokong fail .deb

Tak sabar untuk menggunakan? Klik disini untuk muat turun distro Linux Deepin ini. Jika kurang yakin semuanya ada pada laman rasmi mereka. Selidik.

Adakah anda perasan dengan perubahan pada penulisan kali ini. Perkataan wa digantikan dengan penulis. Ini satu pembaharuan bagi memantapkan penulisan. Apa-apa pun selamat menelaah.

Sekian,Assalamualaikum.


Related Post

Linux Deepin: Distro Linux Menawan Dari China Unknown Rating: 5 Wednesday 6 March 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...