Kon-Boot is an application which will silently bypass the authentication
process of Windows based operating systems. Without overwriting your
old password! Easy to use and excellent for tech repairs, data recovery
and security audits.
Commercial Kon-Boot version works with both 64-bit and 32-bit Microsoft
Windows operating systems and also include privilege escalation and
sticky keys feature.
Berikut adalah contoh video Kon-Boot sedang beraksi:
Pulihkan Kata Laluan (Windows) Dengan Kon-Boot
Perhatian : Artikel ini ditulis bukan untuk mengajar anda
menggodam, kerana penggodam 'sebenar' tidak menggunakan tools seperti
ini (melainkan malas atau tak mahu susah berfikir?). Ia ditulis
semata-mata untuk berkongsi kebaikan yang kita boleh dapat dari tools
ini apabila tiba masa-masa mendesak seperti anda terlupa kata laluan dan
sebagainya.
Apa Itu Kon-Boot?
Kon-Boot ialah:
Secara ringkasnya, Kon-Boot adalah tool yang mampu membantu anda
memulihkan semula akaun Windows anda yang anda terlupa kata laluannya
(sebagai contoh) tanpa perlu melibatkan pengetahuan teknikal yang
'berat'.
Ini adalah kerana Kon-Boot berfungsi secara automatik dengan melepasi
skrin log masuk Windows tanpa perlu memasukkan kata laluan. Apa yang
perlu anda lakukan hanyalah rakam (burn) imej Kon-Boot ke dalam peranti
USB dan ia siap untuk berkhidmat. Tool ini terdapat dalam dua versi
iaitu percuma (sokongan terhad) dan berbayar (lebih ciri dan sokongan
juga 'lebih sedikit'. Biasa la.. marketing tu!).
Versi berbayar pula ada di sini : Versi
berbayar, klik dengan senyuman, bayar dengan duit!
Pulihkan Kata Laluan (Windows) Dengan Kon-Boot
Unknown
Rating: 5
Wednesday, 6 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: