Screen Shot 2013-04-24 at 7.21.14 AM
Nampaknya selepas ini, kepada mereka-mereka yang  teringin untuk merakamkan video gwiyomi sendiri, pastikan video anda lebih ‘perfect’ dari video Nora Danish. Dan siapa kata gwiyomi hanya untuk remaja saja?
Semalam, atas permintaan ramai, Nora Danish telah merakamkan video gwiyomi versinya sendiri dan memuatnaik video tersebut ke laman Youtube. Tidak tampil seorang diri, Nora bersama dua orang lagi teman turut menceriakan suasana.
Menariknya, jika anda perasan, Nora turut menggunakan kipas untuk sedikit ‘effect’ angin. Kau hado?
Screen Shot 2013-04-24 at 7.21.36 AM
Tak perlu kualiti video yang tinggi. Cukup sekadar kualiti rendah, kecomelan Nora Danish memang tak boleh nak dinafikan.
Gwiyomi Nora Danish
Dua orang individu yang berada dibelakang Nora turut sama melakukan gwiyomi dengan sempurna. Nampaknya mereka memang sudah berlatih terlebih dahulu. Ingat tu, berlatih dulu, baru rakam ya.
Ouh ya, buat apa juga kami terangkan panjang-panjang. Mari tonton kecomelan Nora Danish selepas ini!