Apakah Yang Dikatakan Sebagai Hudud ?


hudud-di-Acheh
Soalan : Ustaz mohon ceritakan apa itu hukum hudud serta jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus
1. Pengertian Hudud
Dari Segi bahasa, hudud bererti menahan ataupun mencegah. Dari segi istilah, hudud diterjemahkan sebagai hukuman yang ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan sunnah yang wajib dilaksana sebagai memenuhi hak Allah. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurangkan ataupun ditambah. Allah Menjelaskan seperti berikut :
Itu adalah hukum-hukum yang sudah ditentukan. Oleh itu, jangan kamu mencabulnya dan sesiapa yang mecabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim
(Surah Al-Baqarah, Ayat 229)
Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(A) Zina
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(B) Qazaf (menuduh zina)
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(C) Minum arak
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
(D) Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
(E) Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
(F) Riddah (murtad)
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

Related Post

Apakah Yang Dikatakan Sebagai Hudud ? Unknown Rating: 5 Thursday, 23 May 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...