Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj Isteri

[Image: suami-isteri.jpg] 


Soalan:

Assalamualaikum Ustaz

Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya.

1. Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?

Saya harap dapat kiranya Ustaz memberi pandangan. Apakah hukumnya, 
alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang
membalas segala kebaikan Ustaz. amin.

Jawapan:

Wa’alaikumussalam,

Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku 
dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri 
(ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah /
jimak dengan isteri).




Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal 
(mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara 
itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak 
pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih 
diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )

Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan 
as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada 
adab dan etika suami isteri.

Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.

Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa.

Wallahualam.

Jawapan oleh: Ustaz Emran bin Ahmad

Related Post

Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj Isteri Team Pecah Berita Rating: 5 Friday 24 May 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...