Dua penyampai berita Belanda, Dennis
Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum
hawa ketika melahirkan anak.
Bagi tujuan itu mereka dibenarkan
merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya,
kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam. Mereka
menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.
Biarpun ketika memasang alat berkenaan
mereka cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan
kesakitan sebenar yang mereka alami. Pada tahun 2009,Dr Andrew Rochford
telah melalui pengalaman yang sama dalam program What’s Good For You.
Dua jam kemudian,mukanya hampir biru menahan kesakitan yang dialami.
Walaupun hanya simulasi,ternyata kesakitan yang dialami sukar ditanggung
oleh mereka.Jika dalam keadaan sebenar,bagaimana?
Begitulah istimewanya wanita. Walaupun
wanita dijadikan lemah,tetapi Allah mengurniakan kekuatan yang luarbiasa
yang tidak dapat ditanggung oleh kaum lelaki. Terima kasih untuk semua
ibu dan para isteri didunia ini, sungguh besar pengorbananmu.
No comments: