Mengenai fizikal Rasulullah (Kitab Syamail Al-Muhammadiah)


[Image: 68034_390653251005629_1387166200_n.jpg]

Mengenai fizikal Rasulullah.
Hadis 1:
Anas bin Malik r.a menyatakan:Bahawa Rasulullah s.a.w tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Kulitnya tidak putih melepask dan tidak pula hitam.Rambutnya tidak berketak-ketak kerinting dan tidak terlalu lurus.Allah s.w.t mengutuskan baginda menjadi rasul ketika umurnya 40 tahun. Baginda tinggal di Mekah selama 10 tahun dan di Madinah 10 tahun. Maka Allah s.w.t mewafatkan baginda pada umur 60 tahun dan tiada uban di atas kepalanya dan janggutnya melebihi 20 helai.

Hadis 2:
Anas bin Malik r.a menyatakan:Bahawa Rasulullah s.a.w sederhana tinggi,tidak terlalu tinggi,tidak terlalu rendah tubuhnya cantik rambutnya tidak kerinting tidak terlalu lurus,kulitnya putih kemerahan dan bila baginda berjalan, sedikit condong ke hadapan.

Hadis 3:
Al-Barra' bin Azib r.a menyatakan:Bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sederhana tinggi, bidang dadanya, rambutnya lebat menyentuh hujung telinga di bahagian bawah.Baginda memakai pakaian berwarna merah.Aku tidak pernah melihat sesuatu pun yang terlebih elok daripadanya.

Hadis 4:
Al-Barra' bin Azib r.a menyatakan:Aku tidak pernah melihat tuan punya tubuh di dalam pakaian merah terlebih tampan dari Rasulullah s.a.w rambutnya menjulur hingga ke bahu, dadanya bidang, dia tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.

Kitab Syamail Al-Muhammadiah(kesempurnaan nabi Muhammad) oleh Imam Al-Tirmidzi

Related Post

Mengenai fizikal Rasulullah (Kitab Syamail Al-Muhammadiah) Unknown Rating: 5 Saturday 8 June 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...