Tips Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone

Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengguna smartphone ialah tahap ketahanan bateri, makin canggih spesifikasi sesebuah smartphone, makin banyak resource yang diperlukan. Sejujurnya, berapa lama tempoh masa bateri smartphone anda mampu bertahan sebelum recharge? Berapa ramai antara rakan – rakan pembaca yang membawa charging cable ke pejabat? Kalau dah sampai tahap tak boleh berenggang dengan charging cable, itu antara satu tanda bahawa smartphone anda mengalami masalah bateri yang serius. Untuk pengguna Android smartphone, di bawah ini saya kongsikan Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android menggunakan default sistem yang tersedia ada di peranti anda yang hanya memerlukan sedikit sentuhan.

Sebelum mengaplikasikan tips yang bakal saya kongsikan, ada baiknya anda membaca post saya yang terdahulu tentang kaedah mengenalpasti Punca dan Cara Mengatasi Bateri Android Cepat Habis.
Tips dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone

MAKLUMAN : Segala imej yang digunakan diambil dari Samsung Galaxy SIII (Android Jellybean 4.1.1). Kemungkinan wujud perbezaan dari segi setting dengan lain – lain model adalah dijangka. Walau bagaimanapun, secara asasnya kebanyakan setting ini adalah hampir sama.
Sesuai untuk Android versi ICS 4.0 dan Jellybean 4.1.

NOTA : Jangka hayat dan keadaan fizikal bateri semasa adalah terkecuali.

1. Wi-Fi, Bluetooth & GPS


Penggunaan Wi-Fi, Bluetooth dan GPS antara fungsi yang paling banyak menggunakan bateri resource. Pastikan anda hanya menghidupkan fungsi ini bila diperlukan sahaja.

2. Charging cable

Ramai yang menganggap penggunaan charging cable boleh diguna sesuka hati, asal bateri dapat charge kira OK. Perlu diingatkan bahawa setiap charging cable yang dibekalkan mempunyai spesifikasi yang berlainan terutamanya kadar arus aliran elektrik dan pin. Jadikan kebiasaan untuk menggunakan charging cable yang dikeluarkan khusus untuk sesebuah smartphone untuk mengelakkan kesan buruk dalam jangka panjang.

Selain dapat menjimatkan penggunaan bateri, kesedaran ini juga penting untuk melindungi gadget hasil dari pelaburan anda.

3. Aktifkan fungsi Power Saving

Fungsi ini boleh diakses menerusi Notification Bar atau (Setting -> Power Saving). Anda boleh tentukan mode yang diinginkan atau biarkan secara default.

4. Hadkan Background Process

Secara default Limit Background Process ini disetkan kepada Standard limit. Anda boleh setkannya ke No background processes. ( Setting -> Developer options -> Apps ).

NOTA : Setting ini boleh menyebabkan smartphone anda kurang responsive.

5. Window, Transition Animation & Animator Duration Scale

Setkan Windows Animation, Transition scale dan Animator Duration OFF atau setkan ke scale yang lebih rendah. (Setting -> Developer options -> Drawing).

NOTA : Touchwiz akan lebih responsive dan kadar discharging bateri lebih perlahan.

6. Data Usage

Untuk yang menggunakan data package dari telco, anda boleh setkan Mobile data OFF. Hanya turn ON bila diperlukan sahaja. ( Setting ->Data usage)

NOTA : Secara default, Data usage tidak menggunakan banyak bateri resource kecuali jika anda berada di luar kawasan liputan.

7. Sync

Setkan fungsi Sync OFF, sekiranya anda menggunakan pelbagai jenis akaun email (GMail, Dropbox, Samsung Account dan sebagainya) atau anda boleh hadkan jenis Sync yang diperlukan sahaja. Setting ini perlu ditetapkan satu persatu. Selain dapat mengurangkan penggunaan bateri, dapat menjimatkan penggunaan data package anda. ( Setting -> Accounts & Sync).

8. Disable Bloatware

Stock firmware yang dikeluarkan oleh Samsung didatangkan sekali dengan beberapa bloatware, antaranya ialah Flipboard, Yahoo Finance dan Yahoo News (Galaxy S3). Setiap satunya akan beroperasi secara background dan menggunakan bateri resource dan data. Untuk disable, ( Setting -> Applications Manager -> All -> klik setiap satu aplikasi bloatware -> Disable ).

NOTA : Bloatware merupakan aplikasi default yang didatangkan dalam fail sistem oleh pengeluar dan kebiasaannya langsung tidak digunakan. Dalam kebanyakan custom ROM, bloatware ini telah dikeluarkan oleh developer.

9. Screen Brightness dan Timeout

Setkan Screen Brightness ke Automatic dan Screen Timeout yang lebih rendah (mengikut keselesaan mata anda). ( Setting -> Display -> Screen ).

10. Sound dan Vibration

Untuk setting Sound dan Vibration, disablekan semua sekali Keynotes, Touch Sounds, Screen lock sounds, Haptic feedback dan Auto haptic. ( Setting -> Sound -> System ).

Related Post

Tips Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone Unknown Rating: 5 Tuesday 26 February 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...