Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik


Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik

Assalamualaikum w.b.t. 
Hadir pada kali ini ingin menunaikan janji, in sha Allah akan dilakukan dengan lebih baik. Lebih baik dari yang sebelum ini. Moga Allah mudahkan. Bukan persulitkan.
Sering kita dengar ;
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Tak dinafikan, ramai di antara kita yang mengidamkan bakal pasangan kita adalah dari golongan yang baik-baik.
Sifatnya, caranya, akhlaknya, imannya, semua nya kalau boleh kita mahu yang baik baik sahaja. Tidak salah andai kita berimpian atau berhasrat sebegitu. Usaha, diiringi dengan doa dan bantuan daripada Allah SWT, in sha Allah semua nya akan baik baik sahaja. Perancangan akan menjadi seperti yang dirancang.
Kita dah semak diri? Layak tak kita untuk mereka yang baik? Kita sudah cuba melakukan yang terbaik untuk menjadi seorang yang baik? Sudah berhempas pulas?
Fikir.
Allah itu Maha Adil. Maha Tahu segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan segala isi-isi nya. Maha tahu apa yang kita tidak tahu. Sama ada yang bakal terjadi ataupun telah terjadi.
Allah tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebab. Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Perancangan Allah sungguh cantik. Dan saya percaya pada perancangan Allah.
Pernah juga saya dengar ;
Kalau yang baik untuk yang baik je, siapa nak bimbing yang tak baik?
Ya, memang benar. Seandainya yang baik hanya untuk yang baik, siapa yang akan membimbing yang kurang baik? Seperti yang telah saya jelaskan sebentar tadi, perancangan Allah maha cantik. Tidak semestinya pada awal perkahwinan kedua kedua pasangan adalah dari golongan yang baik. Mungkin ada sejarah silam.
Tetapi mungkin juga telah berubah. Pernah menjadi kurang baik bukan? Tetapi itu dahulu. Dan akhirnya menjadi baik bukan? Dan seterusnya, benarlah kata Allah, yang baik untuk yang baik. Subhanallah, sungguh hebat perancangan Allah!
Sendainya ada diantara kalian yang kurang jelas maksud saya. Saya permudahkan dengan contoh kisah yang berikut.
Situasi A. (bukan kisah benar)
Abu seorang yang kurang baik. Sering melakukan perkara yang tak elok. Dikahwinkan dengan Minah. Minah gadis yang baik. Anak solehah. Kuat pegangan agama. Sebelumberkahwin situasi mereka adalah bukan ‘yang baik untuk yang baik’. Setuju?
Tetapi setelah beberapa tahun berkahwin, Minah telah berjaya menarik hati Abu untuk menjadi suami soleh dan baik. Abu dan Minah kini hidup bahagia dan kedua nya adalah insan yang baik dan soleh solehah kini. Benarkan apa kata Allah? Yang baik untuk yang baik. Terbukti!
Kita manusia biasa. Tidak tahu apa yang bakal terjadi. Atau sedang terjadi. Tetapi, Allah Maha Besar. Dia tahu segalanya. Dia Maha Tahu siapa yang akan menjadi baik, dan akan ditetapkan dengan yang baik. Walaupun pada awalnya insan itu adalah kurang baik akhlaknya. Allah tahu masa depan kita. Allah tahu kita siapa 10 tahun akan datang. 20 tahun. 30 tahun. Dan sehinggalah kita mati. Allah tahu.
Disebabkan itulah, seandainya mahu memilih pasangan, lihatlah, akhlaknya. Imannya. Ada sesetengah orang melihat pada harta. Rupa. Keturunan dan sebagainya. Bergantung pada masing masing.
Ya seperti hadis yang dinyatakan ini.
Seperti hadis yang biasa didengari dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wanita dikahwini kerana 4 hal (perkara):
  • kerana harta bendanya,
  • kerana keturunannya,
  • kerana keindahan wajahnya,
  • dan kerana ketaatannya kepada agama.
  • Maka pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia.”
    (Terjemahan Hadis: Sahih Bukhari)
    “Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik.”
    (H.R. Ibnu Majah)
    Pada saya, pilih berdasarkan keimanan kepada Allah adalah yang paling penting. Kerana apabila dia berjaya mencintai Allah, maka dia juga mampu untuk mencintai kita.
    Apabila dia menjaga hubungannya dengan Allah dengan sebaiknya, maka dia juga mampu untuk menjaga hubungannya dengan kita. Takutnya pada Allah adalah melebihi segalanya.
    Maka yang disuruh Allah akan dibuat sebaiknya, dan yang dilarang Allah akan ditinggalkan sekeras kerasnya. Itu bukti yang menunjukkan bahawa dia pasangan yang baik, dan mampu mebimbing kita menjadi baik dan akhirnya terbukti lah kata Allah, yang baik untuk yang baik.
    “Iman itu lebih daripada enam puluh bahagian. Yang paling utama ialah perkataan “Tiada tuhan melainkan Allah”, dan yang paling rendahnya ialah membuang benda yang menyakitkan di jalanan. Dan malu itu sebahagian daripada keimanan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
    Tujuan saya menulis artikel ini bukan ingin menyuruh kalian semua pergi berlumba lumba memilih pasangan yang baik baik. Dan yang kurang baik dipinggirkan ke tepi. Tidak
    Tetapi tujuan saya adalah untuk memperingatkan anda dan juga saya, bahawa sebaik mana pun pasangan yang kita idam idamkan, yang utama sekali kita perlu lihat diri. Beleklah diri.
    Dari atas hingga ke bawah. Dari luar dan dalam. Dari fizikal dan mental. Paling utama. Iman dan akhlak di dalam hati. Cermin dan perbaiki segala kekurangan. Seandainya rasa seperti ilmu agama masih belum mantap.
    Maka didiklah dari sekarang, perkukuhkanlah supaya Allah tetapkan jodoh atau pasangan kita yang juga dari golongan yang juga mempunyai ilmu agama. In sha Allah.
    Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:
    “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.” (HR. Ar-Rabii’)
    Dengan menuntu ilmu akan mendekatkan kita pada Allah. Jadi apabila kita dekat pada Allah kita akan percaya dengan segala ketentuan dan perancangan Nya. Jadi jangan mudah putus asa.
    Teruskan perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik supaya Allah akan aturkan hidup kita bersama mereka yang baik juga. Jika bukan sebelum kahwin, maka selepas kahwin. Jika bukan disini, maka di Syurga. Percayalah!
    Sentiasalah memperbaiki diri ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan pasangan yang baik. Jangan sebok mencari yang baik, tetapi berubahlah menjadi baik.
    Kelak, yang baik itu dengan sendirinya akan datang pada anda. Ingat, janji Allah itu pasti. Percaya dan bersangka baiklah pada Allah.
    Ini adalah sedikit coretan, perkongsian dan nasihat dari saya. Andai ada yang terkurang mohon maafkan. Andai ada yang tersilap mohon teguran.
    Andai masih tidak sempurna mohon perbetulkan. Semoga kita semua berada di bawah redha Allah SWT. Moga Allah redha. Jazakumullahu khairan kathira!

    Related Post

    Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik Unknown Rating: 5 Monday 11 March 2013

    2 comments:

    1. in sha Allah..thanks kerna mengingatkan...

      ReplyDelete
    2. Kita Sebagai Hamba ALLAH haruslah sentiasa Saling Memberi Peringatan

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...