Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah
sekolah di Indonesia telah dibuang sekolah serta merta selepas video
mempersendakan solat yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak
sekolah.
Melalui video yang berdurasi selama 5
minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam
bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More
Night.
Video terbabit dipercayai dirakamkan
pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac
yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik
membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit.
Diharapkan kejadian sebegini tidak
berlaku di Malaysia kerana penulis percaya kita masih lagi tahu menjaga
batas-batas dalam perkara yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.
Oleh: AUDREY LEE
Sumber: akustressgiler.blogspot
No comments: