Perang Cetak Rompak, Adobe Mengambil Pendekatan Baru


[Image: Piracy.jpeg]


Sidang Kemuncak Perlindungan Kandungan dan Anti Cetak Rompak yang telah berlangsung di Los Angeles telah mendedahkan beberapa perubahan sikap yang menarik di kalangan pencipta kandungan.

Meliputi komend daripada Ketua Operasi Anti Cetak Rompak Warner Bros iaitu David Kaplan, yang mengatakan bahawa studio filem kini melihat cetak rompak sebagai titik tengah bagi permintaan pengguna. Berdasarkan kepada kepercayaan baru ini, syarikat itu cuba menyesuaikan penawaran undang-undang yang lebih baik untuk bersaing dengan penggunaan yang tidak dibenarkan.

Komen daripada Warner yang membayangkan bahawa pemegang hak cipta boleh mengambil langkah-langkah penting untuk mengurangkan cetak rompak dalam talian dengan melihat dan memahami apa yang sebenarnya diinginkan oleh pengguna. Kepercayaan ini juga telah menular ke dalam Adobe yang telah menyebabkan perubahan besar kepada dasar-dasar anti cetak rompak bagi perisian komputer.

Dalam sidang kemuncak itu, Richard Atkinson, Pengarah Korporat Anti Cetak Rompak Kebangsaan Adobe mengatakan bahawa syarikat itu kini mengambil pendekatan yang lebih positif untuk menyelesaikan masalah lanun cetak rompak. Daripada menggunakan kekerasan undang-undang, Adobe kini memberi tumpuan untuk menukarkan lanun cetak rompak kepada pengguna berbayar.

"Strategi dan konsep untuk bergerak dari 'Anti Penguatkuasaan Cetak Rompak Yang Diterajui' kepada 'Tumpuan Perniagaan Menukar Lanun Cetak Rompak Kepada Pengguna Berbayar' adalah perubahan BESAR yang memerlukan perubahan kepada unsur-unsur operasi serta unsur-unsur budaya," kata Atkinson.

Menurut Atkinson awam telah jemu berkembang perang kuno Cetak Rompak dan kempen kesedaran yang memberitahu mereka untuk tidak mencuri hakcipta.

"Semua orang bosan dengan konsep dan istilah 'Anti Cetak Rompak' walaupun dengan istilah 'Perlindungan Kandungan'. Rasanya seperti perang yang berterusan yang telah berlangsung selama 20+ tahun.... dengan konsep yang sama seperti orang baik VS orang jahat," kata Atkinson.

Tiada penemuan teknologi yang boleh membantu untuk mengurangkan cetak rompak mengikut Atkinson. Sama seperti Warner Bros, syarikat itu percaya bahawa mereka boleh membuat kemajuan besar dengan cuba memahami mengapa orang menjadi lanun cetak rompak dan kemudian datang dengan produk yang boleh memberikan saingan.

"Aspek teras asas tidak semestinya teknologi... ia adalah MEMAHAMI apa yang benar-benar berlaku. Dalam tahun-tahun saya bekerja dalam ruang ini, saya telah secara konsisten mendapati bahawa ramai orang yang benar-benar mempunyai FAKTA tentang apa yang sedang berlaku."

"Sebaik sahaja anda mempunyai fakta-fakta ini maka ia akan mengubah kepercayaan anda dan tindakan anda," tambah beliau.

Salah satu hasil daripada strategi baru Adobe adalah dengan beralih daripada produk di dalam kotak ke arah model langganan berasaskan "cloud". Syarikat itu baru-baru ini telah melancarkan "Cloud Kreatif" mereka yang bertujuan untuk menjadikan produk Photoshop dan produk yang lain lebih murah kepada orang ramai.

Image has been scaled down 15% (800x431). Click this bar to view original image (941x506). Click image to open in new window.
[Image: ZWx0ZIu.png]


Syarikat itu percaya dengan kaedah baru ini diharap dapat menukarkan sebilangan lanun cetak rompak kepada pelanggan berbayar di sepanjang jalan usaha ini.

Menurut David Adobe Wadhwani pada pelancaran "Cloud Creative", "Beliau tidak fikir bahawa mereka yang menjadi lanun untuk perisian cetak rompak melakukannya kerana mereka adalah orang yang bersifat buruk atau kerana tabiat mereka yang suka mencuri milik orang lain. Beliau berfikir bahawa mereka memutuskan untuk melakukannya adalah kerana mereka tidak mampu untuk memiliki produk tersebut,".

Ini amat menggembirakan untuk melihat bagaimana syarikat gergasi seperti Adobe dan Warner Bros serta syarikat-syarikat lain mengubah sikap dan pendirian mereka kepada isu cetak rompak. Walaupun tiada keraguan bahawa penguatkuasaan terhadap pelanggaran hak komersial akan tetap menjadi agenda penting, kesedaran bahawa berperang dengan pengguna bukanlah satu cara yang sihat.

Related Post

Perang Cetak Rompak, Adobe Mengambil Pendekatan Baru Unknown Rating: 5 Thursday 27 June 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...