Sabda Rasulullah SAW Mengenai Puasa & Ibadat Yang Sia-Sia

Sabda Rasulullah SAW Mengenai Puasa & Ibadat Yang Sia-Sia

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam".


[Image: th.jpeg] 




Keterangan :-

Ada beberapa pendapat ulama dalam menjelaskan hadith ini :-

1- Yang dimaksudkan dalam hadith di atas ialah orang yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Sebanyak mana dia telah mendapat pahala dari puasanya, dosa yang didapati kerana memakan makanan yang haram lebih besar daripada pahala yang diperolehinya daripada puasa.Oleh itu, dia tidak mendapat apa-apa selain berlapar sepanjang hari.

2- Seseorang yang berpuasa tetapi sentiasa terlibat dengan perbuatan mengumpat.

3- Seseorang yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Sabdaan Nabi saw adalah jami' (Lafaznya sedikit tetapi membawa maksud yang luas). Semua pendapat dan perkara di atas serta sabdaan-sabdaan baginda yang lain termasuk dalam maksud tersebut.Demikian juga dengan berjaga malam. Sepanjang malam berjaga beribadat tetapi untuk bersuka-suka telah mengumpat sedikit atau melakukan apa-apa perbuatan bodoh yang lain sehingga semua pahala berjaga malam untuk beribadat itu menjadi sia-sia. Contohnya membiarkan solat Subuh berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga semata-mata kerana riak dan kemasyuran maka itu sememangnya sia-sia.

Dengan itu, kepada semua muslimin dan muslimat,penulis Jom Kongsi Info & saya sendiri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... 



Related Post

Sabda Rasulullah SAW Mengenai Puasa & Ibadat Yang Sia-Sia Unknown Rating: 5 Sunday 7 July 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...